Zuhdi: Sikap bongkak Tun M tutup pintu kerjasama PAS-PH

Zuhdi: Sikap bongkak Tun M tutup pintu kerjasama PAS-PH - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zuhdi: Sikap bongkak Tun M tutup pintu kerjasama PAS-PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zuhdi: Sikap bongkak Tun M tutup pintu kerjasama PAS-PH
link : Zuhdi: Sikap bongkak Tun M tutup pintu kerjasama PAS-PH

Baca juga


Zuhdi: Sikap bongkak Tun M tutup pintu kerjasama PAS-PH

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS belum menetapkan sebarang keputusan jika situasi 'hung Parliament' berlaku, sama ada akan bersama Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan campuran, atau parti itu akan terus menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen.
 
Bagaimanapun Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi berkata, dengan sikap angkuh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, parti itu hanya mempunyai dua pilihan sahaja. 
 
"Dengan sikap bongkak Dr Mahathir ini, maka pilihan yang tinggal kepada PAS hanya tinggal dua sahaja, terus kekal menjadi pembangkang utama atau membentuk kerajaan campuran dengan BN," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Harakahdaily.
 
Zuhdi merujuk kepada tindakan Dr Mahathir yang memperlekehkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang hasrat PAS untuk membentuk kerajaan atau menyertai pembentukan kerajaan selepas PRU14 nanti.
 
Ujar Zuhdi, kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa hasrat PAS sebagai 'angan-angan Mat Jenin' ibarat menutup pintu kerjasama dengan PAS jika gabungan pakatan pembangkang memperoleh kurang kerusi bagi membentuk majoriti mudah di Parlimen.
 
"Dr Mahathir seharusnya menyedari dalam senario pertandingan tiga penjuru atau lebih seperti yang bakal berlaku, sukar untuk mana-mana parti atau gabungan politik memenangi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. 
 
"Dalam konteks global, keputusan seperti ini kerap berlaku mutakhir ini termasuk di United Kingdom, yang dahulu lebih dikenali sebagai negara yang mengamalkan sistem dua parti.
 
"Sekiranya keputusan ini terhasil selepas PRU14 nanti, apabila gabungan BN, GAGASAN (PAS) atau PH masing-masing tidak boleh membentuk kerajaan, melainkan bergabung dengan gabungan yang lain, maka sikap angkuh Dr Mahathir ini menandakan beliau sudah tutup pintu dengan PAS. 
 
"Dengan sikap beliau menutup pintu ini, cita-citanya untuk kembali menjadi PM akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin pula," kata Zuhdi lagi. 
 
Justeru menurut Zuhdi, sasaran minima PAS untuk memenangi 40 kerusi ini tidak wajar diperkecilkan.
 
"Di samping itu, dengan bertanding 130 kerusi PAS akan terus berusaha membuat keputusan upset sehingga memungkinkan PAS boleh mencapai jumlah kerusi majoriti mudah di parlimen. 
 
"Kedua-dua situasi membolehkan PAS membentuk kerajaan atau menyertai pembentukan kerajaan selepas PRU 14 nanti, justeru ia bukanlah angan-angan Mat Jenin seperti yang didakwa," ujarnya.
 
 


Demikianlah Artikel Zuhdi: Sikap bongkak Tun M tutup pintu kerjasama PAS-PH

Sekianlah artikel Zuhdi: Sikap bongkak Tun M tutup pintu kerjasama PAS-PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zuhdi: Sikap bongkak Tun M tutup pintu kerjasama PAS-PH dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/zuhdi-sikap-bongkak-tun-m-tutup-pintu.html

Subscribe to receive free email updates: