KPPA: Guru dibenarkan berpolitik tetapi bersyarat

KPPA: Guru dibenarkan berpolitik tetapi bersyarat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPPA: Guru dibenarkan berpolitik tetapi bersyarat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPPA: Guru dibenarkan berpolitik tetapi bersyarat
link : KPPA: Guru dibenarkan berpolitik tetapi bersyarat

Baca juga


KPPA: Guru dibenarkan berpolitik tetapi bersyarat

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUCHING: Guru-guru daripada Gred 41 hingga Gred 48 dibenarkan untuk berkecimpung dalam bidang politik berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam pekeliling bilangan 2010, namun mereka terlebih dahulu perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Beliau berkata kebenaran yang diberikan itu juga disertai dengan syarat-syarat tertentu kerana pihak kementerian tidak mahu mana-mana pegawai pendidikan yang memegang jawatan pentadbiran terlibat memegang jawatan politik, kerana ada perbezaan ketara antara dua tugas itu.

“Kita tidak mahu apa-apa kaedah di pentadbiran itu dijadikan bahan-bahan politik yang boleh mewujudkan “contradiction” ataupun pencanggahan dari segi kepentingan antara tugas-tugas dalam hal politik,” katanya dalam satu persidangan media di penghujung Majlis Wacana Jelajah Transformasi Nasional 50 (TN50) Anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama Petra Jaya, di sini hari ini.

Katanya dalam apa-apa kaedah dan panduan yang telah ditetapkan, adalah menjadi satu kelaziman ia dilengkapi dengan peraturan, yang mana sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan ini boleh dikenakan tindakan sebagai langkah kawalan.

Sementara itu, Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda yang turut serta dalam persidangan media itu berkata berdasarkan liberalisasi kerajaan sebelum ini, penjawat awam memang dibenarkan berpolitik, asalkan tidak melanggar tatatertib dan etika.

“Sebagai penjawat awam, semua memang sudah sedia maklum bahawa mereka terikat dengan Akta Rahsia Rasmi, dan jika hendak berpolitik atau memimpin negara – tiada masalah, asalkan mendapat kelulusan,” katanya.

Terdahulu semasa menjawab satu soalan berkaitan gaji penjawat awam dalam sesi wacana hari ini Zainal Rahim berkata sebarang rancangan kenaikan gaji perlulah dibuat seiring dengan kenaikan produktiviti pekerja, yang merupakan modal insan dalam menentukan keuntungan dalam sesebuah organisasi.

Beliau berkata ia adalah beberapa perkara yang perlu diperhalusi kerajaan sebelum sebarang ketetapan dibuat berhubung kenaikan gaji penjawat awam.

“Seterusnya (yang perlu dikaji) adalah dari segi ekonomi, kesan kepada peniaga. Apabila berlaku kenaikan gaji, para peniaga akan mengambil peluang untuk menaikkan harga barangan,” katanya.

TN50 digagaskan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak, merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara dalam tempoh 30 tahun selepas 2020.– Bernama



Demikianlah Artikel KPPA: Guru dibenarkan berpolitik tetapi bersyarat

Sekianlah artikel KPPA: Guru dibenarkan berpolitik tetapi bersyarat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPPA: Guru dibenarkan berpolitik tetapi bersyarat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/kppa-guru-dibenarkan-berpolitik-tetapi.html

Subscribe to receive free email updates: