Pengundi bertambah di 11 kerusi Dun Wilayah Persekutuan, kata penganalisis

Pengundi bertambah di 11 kerusi Dun Wilayah Persekutuan, kata penganalisis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengundi bertambah di 11 kerusi Dun Wilayah Persekutuan, kata penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengundi bertambah di 11 kerusi Dun Wilayah Persekutuan, kata penganalisis
link : Pengundi bertambah di 11 kerusi Dun Wilayah Persekutuan, kata penganalisis

Baca juga


Pengundi bertambah di 11 kerusi Dun Wilayah Persekutuan, kata penganalisis


Dr Ainul Adzellie Hasnul




Penganalisis politik, Dr Ainul Adzellie Hasnul tidak menolak pertambahan jumlah pengundi  di  Wilayah Persekutuan bukan hanya membabitkan pendaftaran pengundi baharu, sebaliknya peningkatan itu juga didorong strategi parti politik sama ada Barisan Nasional (BN), mahupun pembangkang memindahkan pengundi dari kawasan tidak selamat.

Beliau berkata, sebagai contoh, peningkatan jumlah pengundi yang ketara di Putrajaya disebabkan perpindahan penduduk dan pertukaran alamat mengundi ke kawasan itu.

Katanya, strategi memindahkan pengundi Melayu dari kawasan majoriti Cina seperti Segambut dan Seputeh yang disifatkan kawasan hitam bagi BN juga menyumbang kepada peningkatan pengundi di kawasan pentadbiran kerajaan itu.

“Ini disebabkan pada PRU-13, DAP menang dengan undi popular kerana pengundi Cina mengundi DAP dalam jumlah yang tinggi seperti di Seputeh, Segambut dan Bukit Bintang.

“Strategi sama turut digunakan parti pembangkang selain dilaksanakan di negeri lain seperti Selangor,” katanya seperti dilaporkan Klxpress hari ini.

Sebelas kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan mencatatkan peningkatan jumlah pengundi sehingga 64 peratus pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Daftar pemilih sehingga suku ketiga 2017 merekodkan Putrajaya menerima tambahan pengundi seramai 10,206 orang, peningkatan lebih 64 peratus berbanding 15,791 orang pada PRU-13, lapor Bh Online.

Menurut laporan, Wangsa Maju merekodkan peningkatan lebih 19 peratus, Setiawangsa (17 peratus), Labuan (14 peratus), Bandar Tun Razak (10 peratus).

Titiwangsa turut menerima pertambahan pengundi sebanyak 10.3 peratus, Lembah Pantai (9.8 peratus), Segambut (7.7 peratus), Kepong (2.9 peratus) dan masing-masing 2.8 peratus bagi kerusi Seputeh dan Batu.

Parlimen Bukit Bintang dan Cheras masing-masing mencatatkan penurunan jumlah pengundi pada kadar 10.7 peratus dan 0.45 peratus. Pada PRU-13, kerusi itu masing-masing merekodkan 55,721 dan 72,551 pengundi.

Secara keseluruhan, bagi PRU-14, kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan menerima pertambahan pengundi seramai 66,494, iaitu peningkatan 7.98 peratus berbanding 832,336 pengundi pada PRU lalu.



Demikianlah Artikel Pengundi bertambah di 11 kerusi Dun Wilayah Persekutuan, kata penganalisis

Sekianlah artikel Pengundi bertambah di 11 kerusi Dun Wilayah Persekutuan, kata penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengundi bertambah di 11 kerusi Dun Wilayah Persekutuan, kata penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/pengundi-bertambah-di-11-kerusi-dun.html

Subscribe to receive free email updates: