Judul : Lelaki Nigeria, wanita tempatan didakwa tipu warga Amerika
link : Lelaki Nigeria, wanita tempatan didakwa tipu warga Amerika
Lelaki Nigeria, wanita tempatan didakwa tipu warga Amerika
THE MALAYSIAN TIMES
IPOH: Dua penuntut lelaki Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) warga Nigeria dan seorang wanita tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan menipu dan memperdaya seorang warga Amerika Syarikat melibatkan wang lebih RM60,000 pada Disember lepas.
Eze Chimizie Kingsley, 30, dan Anayo Apakabi, 28, yang menuntut di sebuah IPTS di Kuala Lumpur serta Mazni Marzuki, 46, bekerja sebagai pengemas bilik, di sebuah hotel di sini membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Fauzi.
Ketiga-tiga mereka didakwa secara bersama-sama menipu seorang lelaki, Law Ah Fook, 60, yang berasal dari Ipoh, mendapat kerakyatan Amerika Syarikat, untuk mempercayai akan menerima satu bungkusan tidak wujud sehingga mendorongnya menyerahkan wang tunai berjumlah RM62,034.
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di No 13, Jalan 4, Housing Trust di sini, pada 12.16 tengah hari, 13 Dis 2017.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Nurul Qistini Qamar L Abrar, manakala Eze Chimizie serta Anayo diwakili peguam Miza Hiryani Zakaria sementara Mazni diwakili peguam Matthews Jude.
Nurul Hafizah kemudian membenarkan Mazni diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin, manakala dua lelaki warga Nigeria terbabit tidak ditawarkan sebarang jaminan.
Dalam pada itu, Eze Chimizie dan Anayo turut didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan masih berada di Malaysia selepas tempoh pas pelajar masing-masing tamat pada 20 Mei 2016 dan 3 Jun 2017.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil pada 1.25 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta yang sama, jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah tidak menetapkan wang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh bagi pertuduhan itu dan menetapkan 12 Feb untuk sebutan semula kes.– Bernama
Demikianlah Artikel Lelaki Nigeria, wanita tempatan didakwa tipu warga Amerika
Sekianlah artikel Lelaki Nigeria, wanita tempatan didakwa tipu warga Amerika kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Nigeria, wanita tempatan didakwa tipu warga Amerika dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/lelaki-nigeria-wanita-tempatan-didakwa.html