UMNO cakap lain, MCA cakap lain, takkan mereka tak tahu kira – Guan Eng

UMNO cakap lain, MCA cakap lain, takkan mereka tak tahu kira – Guan Eng - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO cakap lain, MCA cakap lain, takkan mereka tak tahu kira – Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO cakap lain, MCA cakap lain, takkan mereka tak tahu kira – Guan Eng
link : UMNO cakap lain, MCA cakap lain, takkan mereka tak tahu kira – Guan Eng

Baca juga


UMNO cakap lain, MCA cakap lain, takkan mereka tak tahu kira – Guan Eng

THE MALAYSIAN TIMES
 


GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata beliau hairan dengan kenyataan bercanggah oleh UMNO dan MCA berhubung pengagihan kerusi parlimen bagi pembangkang yang diumumkan semasa Konvensyen Pakatan Harapan 2018 baru-baru ini.

“(Pengagihan kerusi parlimen) ini bukti bahawa parti-parti (PH) boleh bertolak-ansur dalam membuat sebarang keputusan, dan kami (PH) sedia korbankan kepentingan parti masing-masing demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia.

“Sebab itu, saya hairan kenapa (Datuk Seri) Liow Tiong Liow (Presiden MCA) boleh mengkritik dan menyatakan bahawa DAP sudah hilang pengaruh dan kepercayaan serta menjual kepentingan orang Cina…dan ia hanya disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina sahaja.

“Sedangkan satu pihak lagi, UMNO pula cakap bahawa DAP merupakan parti dominan (dalam Pakatan Harapan)….lebih berkuasa, takutkan orang Melayu tetapi di depan orang Cina (MCA) kata lain pula…sedangkan DAP hanya mendapat 35 kerusi (parlimen)…takkan mereka tidak tahu kira,” ujarnya pada sidang media di Komtar tengah hari tadi.

Daripada 165 kerusi parlimen, DAP mendapat 35 kerusi parlimen, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM (52), Parti Keadilan Rakyat, PKR (51) dan Parti Amanah Negara, AMANAH (27).

“Ya, sememangnya berkurang (jumlah kerusi parlimen DAP), tetapi ini tidak bermakna DAP sudah hilang kepercayaan dan menjual hak masyarakat Cina apabila dasar-dasar yang diperjuangkan sekarang ini tidak (menggambarkan) demikian.

“Sekarang ini pula tumpang lagi satu kerat, PAS yang turut menggunakan nada sama (seperti UMNO dan MCA)…mainkan sentimen perkauman dan agama kerana mereka (PAS) sudah tidak ada modal, tidak ada isu lain, tidak tahu uruskan ekonomi dengan baik.

“Tetapi saya yakin, rakyat dapat membezakannya kerana sekarang ini yang penting kita (Pakatan Harapan, PH) mahukan perubahan supaya rakyat boleh hidup lebih senang.

“Sokong BN (Barisan Nasional) GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) bukan sahaja kekal, malah kemungkinan akan naik (peratusan GST).

“Sokong Pakatan (Harapan), GST akan dimansuhkan dan harga minyak akan distabilkan…BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan diteruskan meskipun tanpa GST,” katanya.



Demikianlah Artikel UMNO cakap lain, MCA cakap lain, takkan mereka tak tahu kira – Guan Eng

Sekianlah artikel UMNO cakap lain, MCA cakap lain, takkan mereka tak tahu kira – Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO cakap lain, MCA cakap lain, takkan mereka tak tahu kira – Guan Eng dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/umno-cakap-lain-mca-cakap-lain-takkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :