Lelaki OKU didakwa bunuh empat sekeluarga di Tanjong Sepat

Lelaki OKU didakwa bunuh empat sekeluarga di Tanjong Sepat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki OKU didakwa bunuh empat sekeluarga di Tanjong Sepat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki OKU didakwa bunuh empat sekeluarga di Tanjong Sepat
link : Lelaki OKU didakwa bunuh empat sekeluarga di Tanjong Sepat

Baca juga


Lelaki OKU didakwa bunuh empat sekeluarga di Tanjong Sepat

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BANTING: Seorang lelaki cacat pendengaran dan bisu didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok hari ini, atas tuduhan membunuh empat sekeluarga di Jalan Tepi Laut, Tanjong Sepat, dekat sini bulan lalu.
 
Kang Chang Heng, 38, yang bekerja di sebuah kilang perabot di Kepong di ibu negara, hanya mengangguk tanda faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa isyarat, Samuel Chew di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor.
 
Bagaimanapun tidak pengakuan direkodkan daripada lelaki berkenaan yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
Chang Heng didakwa membunuh Chia Tee Nang, 73; isterinya, Lim Mai Shak, 68, serta cucu mereka, Chia Yuan Bin, 3, dan Ryan Chia Zeng Xi, 9, di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjong Sepat, antara jam 4 hingga 5 pagi, 13 Disember lalu.
 
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.
 
Chang Heng turut didakwa mengikut Seksyen 324 kanun sama, mendatangkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak, Andrew Chia Zeng Haul, 12, yang juga cucu kepada pasangan warga emas berkenaan di tempat dan pada waktu sama.
 
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
 
Sementara itu, mahkamah menolak permohonan peguam, Lim Chin Huat yang mewakili Chang Heng untuk membenarkan tertuduh dirujuk kepada pakar psikiatrik.
 
Bagaimanapun, Mohd Isa menggunakan budi bicara meminta pihak pembelaan menyerahkan dokumen sokongan yang menunjukkan tertuduh mengalami masalah mental.
 
"Selalu perkara ini (permohonan) dimohon oleh pendakwaan. Saya lihat tertuduh berkelakuan baik, tidak pelik seolah-olah tidak waras, jadi saya tidak benarkan.
 
"Kalau ada dokumen menunjukkan tertuduh mengalami masalah mental dan mempunyai sejarah (mental), saya akan mempertimbangkan sekali lagi," katanya dipetik BH Online.
 
Mohd Isa menetapkan 8 Mac untuk serahan dokumen sokongan dan sebutan semula kes.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Basri.
 
13 Disember lalu dua warga emas dan dua kanak-kanak lelaki maut dalam kebakaran sebuah rumah di Tanjung Sepat, kira-kira jam 6.30 pagi 13 Disember lalu



Demikianlah Artikel Lelaki OKU didakwa bunuh empat sekeluarga di Tanjong Sepat

Sekianlah artikel Lelaki OKU didakwa bunuh empat sekeluarga di Tanjong Sepat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki OKU didakwa bunuh empat sekeluarga di Tanjong Sepat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/lelaki-oku-didakwa-bunuh-empat.html

Subscribe to receive free email updates: