Mangsa banjir Johor, Pahang meningkat

Mangsa banjir Johor, Pahang meningkat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mangsa banjir Johor, Pahang meningkat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mangsa banjir Johor, Pahang meningkat
link : Mangsa banjir Johor, Pahang meningkat

Baca juga


Mangsa banjir Johor, Pahang meningkat

 
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 627 orang sementara di Pahang meningkat kepada 1,452 orang setakat pagi tadi.


pahang-banjir


JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 627 orang pagi tadi dengan 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 10.00 pagi, seramai 530 orang daripada 138 keluarga berada di 6 PPS di Mersing berbanding 430 orang daripada 106 keluarga di 5 PPS, 7.00 pagi tadi.

“Di Segamat pula, jumlah mangsa banjir kekal 97 orang daripada 20 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam, “ katanya dalam kenyataan.

Mereka kini ditempatkan di PPS Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak, Balai Raya Kampung Pogoh Tengah, Kompleks Penghulu Mukim Pogoh dan Pusat Aktiviti Belia Kampung Tekam.

Ayub berkata PPS yang baru dibuka di Mersing melibatkan Balai Raya Kampung Air Merah yang beroperasi pada 5.45 pagi tadi dengan menempatkan 28 orang daripada 8 keluarga.

Beliau berkata 5 PPS lain di Mersing adalah Balai Raya Kampung Tenglu, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, Sekolah Agama Pengkalan Batu, Sekolah Agama Mersing Kanan dan SK Labong.

Jalan Telok Arong di Mersing masih ditutup sepenuhnya akibat runtuhan cerun dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tanjung Resang-Jalan Mersing atau Endau-Jalan Air Papan.

Jalan Johor Bahru-Kuantan pula tidak boleh dilalui untuk kenderaan ringan, namun mereka boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Sekakap-Meta.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 1,452 orang setakat 9.00 pagi tadi melibatkan 3 daerah apabila Raub dilanda banjir sekali lagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata semua mangsa banjir di Pekan, Rompin dan Raub ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Pekan terus merekodkan pertambahan mangsa dengan 1,210 orang berbanding 1,165 orang malam tadi dan ditempatkan di 10 buah PPS.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang kini menempatkan 322 mangsa, SK Sri Biram (67), SK Sinar Mutiara (375), SK Seri Terentang (39), SK Temai (93), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya (136), Pulau Manis (75), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), Pusat Pemindahan Kampung Lamir (55) dan SK Acheh (sembilan),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Di Rompin, jumlah mangsa turut meningkat kepada 239 orang berbanding 125 orang malam tadi dan ditempatkan 3 buah pusat pemindahan SK Tekek, Tioman (63), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (72) dan Balai Raya Setajam (104).

Di Raub, hanya sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu Masjid Jamek Kuala Semantan menempatkan 3 mangsa.




Demikianlah Artikel Mangsa banjir Johor, Pahang meningkat

Sekianlah artikel Mangsa banjir Johor, Pahang meningkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mangsa banjir Johor, Pahang meningkat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/mangsa-banjir-johor-pahang-meningkat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :