Judul : Kenapa Dr M minat balik jadi PM, soal Tengku Adnan
link : Kenapa Dr M minat balik jadi PM, soal Tengku Adnan
Kenapa Dr M minat balik jadi PM, soal Tengku Adnan
Beliau hairan mengapa Dr Mahathir Mohamad masih teringin jadi perdana menteri apabila namanya dicalonkan.
Tengku Adnan bergambar untuk media di perasmian Perpustakaan 1Wilayah Persekutuan.
“Saya pun hairan kenapa Tun Mahathir minat balik nak mentadbir dan menjadi perdana menteri. Saya tak faham,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan 1Wilayah Persekutuan di Medan Idaman, Setapak.
Beliau senada dengan rakan-rakan politiknya mempertikaikan pencalonan pengerusi PPBM itu sebagai perdana menteri Pakatan Harapan pada pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Saya tak faham kenapa mereka nak kitar semula Tun Mahathir telah meletakkan jawatan. Barangkali mereka kentandusan calon,” katanya.
Selain Tengku Adnan dan pimpinan BN, pencalonan Dr Mahathir turut dipertikaikan PKR Selangor. Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dilaporkan sedih dan kecewa dengan keputusan majlis presiden Pakatan Harapan itu.
Adnan mengingatkan bahawa pentadbiran BN sekarang melakukan yang terbaik untuk negara dalam cabaran yang berbeza daripada zaman pentadbiran Dr Mahathir (1981-2003).
“Masa beredar dan berubah. Kita kena terima hakikat bahawa keadaan ini, masa ini berlainan. Saya yakin apa yang Datuk Seri Najib lakukan sekarang terbaik untuk negara kerana kita nak bergerak ke hadapan,” katanya.
Dalam perkembangsan sama, Tengku Adnan enggan menjawab ketika ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) sudah memuktamadkan senarai calon untuk pilihan raya nanti.
Demikianlah Artikel Kenapa Dr M minat balik jadi PM, soal Tengku Adnan
Sekianlah artikel Kenapa Dr M minat balik jadi PM, soal Tengku Adnan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Dr M minat balik jadi PM, soal Tengku Adnan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/kenapa-dr-m-minat-balik-jadi-pm-soal.html