Judul : Dr Mahathir konsisten untuk tidak konsisten, sindir Zahid
link : Dr Mahathir konsisten untuk tidak konsisten, sindir Zahid
Dr Mahathir konsisten untuk tidak konsisten, sindir Zahid
ANTARAPOSBAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas sikap tidak konsisten Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pencalonan namanya sebagai perdana menteri oleh pembangkang sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Dr Mahathir itu, yang tidak mahu menjadi perdana menteri, sebaliknya diminta untuk menjawat jawatan itu jika pembangkang menang.
"Saya amat 'menghargai' Tun M yang secara konsisten (untuk) tidak konsisten.
"Apabila pengumuman dibuat bahawa kononnya pakatan (Pakatan Harapan) telah menamakan beliau (Dr Mahathir calon perdana menteri), hari ini bila ada komen-komen yang sebaliknya terhadap penerimaan kepada pencalonan beliau, maka beliau kata beliau 'dipaksa', saya tidak mahu campur soal parti politik orang lain, tetapi itulah pandangan saya," katanya dengan nada sinis.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Multaqa Permuafakatan Masjid, Surau dan Sekolah Agama Rakyat Daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak di Dewan Dato' Mohamed Jamrah, di sini hari ini.
Dalam ucapannya di Pontian, Johor semalam, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mahu menjadi perdana menteri, sebaliknya diminta untuk menjawat jawatan itu sekiranya pembangkang memenangi PRU14.
Dr Mahathir mendakwa beliau sebenarnya mahu berehat, namun tidak dapat berbuat demikian hingga hari ini sejak menyerahkan jawatan itu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Demikianlah Artikel Dr Mahathir konsisten untuk tidak konsisten, sindir Zahid
Sekianlah artikel Dr Mahathir konsisten untuk tidak konsisten, sindir Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir konsisten untuk tidak konsisten, sindir Zahid dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/dr-mahathir-konsisten-untuk-tidak.html