Judul : Otai Reformis 'setuju untuk tidak bersetuju' Tun M jadi calon PM
link : Otai Reformis 'setuju untuk tidak bersetuju' Tun M jadi calon PM
Otai Reformis 'setuju untuk tidak bersetuju' Tun M jadi calon PM
ANTARAPOSSHAH ALAM: Gerakan Otai Reformis terpaksa 'bersetuju untuk tidak bersetuju' terhadap pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) sekiranya pembangkang menang pilihan raya akan datang.
Menurut Pemangku Setiausaha Gerakan Otai Reformis Saiful Ariffin, badan bukan kerajaan (NGO) itu mahukan jawatan perdana menteri sementara disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya, manakala Tun Dr Mohamad hanya diletakkan sebagai penasihat kepada jawatan tertinggi negara itu.
Walau bagaimanapun, pertubuhan itu akur memandangkan 13 resolusi (syarat) yang diumumkan PH dalam konvensyen itu selari dengan kehendak yang mereka mahukan sebelum ini.
"Pada mulanya kita mengesyorkan supaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Perdana Menteri (sementara) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, jadi kapasiti Dr Mahathir sebagai penasihat sebab kita jangka dari kesihatan beliau dan keupayaan beliau dari segi umur, kita rasa lebih baiklah sekirnya beliau menjadi penasihat.
"Tapi apa yang didapati pandangan PH dan komitmen Dr Mahathir didapati beliau boleh memikul tanggungjawab itu ada pandangan pimpinan PH jadi kita setuju dengan 13 syarat yang ditetapkan, jadi kita setuju Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai timbalannya.
"13 syarat yang telah ditetapkan PH pada konvensyennya tempoh hari telah lengkap untuk merangkumi otai reformis 1998, dan otai reformis 1998 juga telah menjadi urus-setia konvesnyen tersebut," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Antara resolusi yang dicapai pada konvensyen itu adalah, menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menstabilkan harga petrol dan memberikan fokus utama kepada usaha menambah pendapatan rakyat.
Selain akan mengehadkan tempoh masa memegang jawatan perdana menteri kepada dua penggal pilihanraya sahaja.
Pada konvensyen itu juga PH sebulat suara mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri sekiranya mendapat mandat rakyat pada PRU14.
Manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Sementara itu, Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sekadar dinamakan sebagai Perdana Menteri Ke-8 selepas gabungan itu mengusahakan pembebesan beliau dan mendapat pengampunan Yang-Dipertuan Agung.
Untuk rekod, Otai Reformis sebelum ini membantah kemasukan Dr Mahathir ke dalam PH selain menolak kepimpinan Dr Mahathir di peringkat parti sebagai Pengerusi PH mahupunn di peringkat kerajaan sebagai perdana menteri.
Susulan itu, dua nama penting dalam pertubuhan itu bertindak melepaskan jawatan mereka iaitu pengerusinya, Saari Sungib dan Abdul Razak Ismail, Setiausaha Otai Reformis.
Otai Reformis ditubuhkan selepas Dr Mahathir memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.
Demikianlah Artikel Otai Reformis 'setuju untuk tidak bersetuju' Tun M jadi calon PM
Sekianlah artikel Otai Reformis 'setuju untuk tidak bersetuju' Tun M jadi calon PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Otai Reformis 'setuju untuk tidak bersetuju' Tun M jadi calon PM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/otai-reformis-setuju-untuk-tidak.html