Sekat Peruntukan : Usaha Terakhir Azmin Peras Ugut PAS Selangor ?

Sekat Peruntukan : Usaha Terakhir Azmin Peras Ugut PAS Selangor ? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekat Peruntukan : Usaha Terakhir Azmin Peras Ugut PAS Selangor ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekat Peruntukan : Usaha Terakhir Azmin Peras Ugut PAS Selangor ?
link : Sekat Peruntukan : Usaha Terakhir Azmin Peras Ugut PAS Selangor ?

Baca juga


Sekat Peruntukan : Usaha Terakhir Azmin Peras Ugut PAS Selangor ?





Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyekat peruntukan tahunan yang disediakan kepada ahli parlimen dan ADUN PAS di negeri itu dilihat sebagai strategi terakhir PKR memeras ugut parti Islam itu dalam menghadapi PRU 14.

Sekatan itu dilihat sebagai satu umpanan terhadap PAS Selangor supaya datang berunding dengan Azmin selaku Timbalan Presiden PKR untuk merungkai semula keputusan PAS yang memutuskan hubungan politik dengan PKR sebelum ini.

ADUN PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan PAS Selangor yang mahu menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan isu sekatan peruntukan, sebaliknya beliau lebih bersetuju agar PAS Selangor berunding secara elok dengan Azmin.

“Saya tidak pasti pendirian PAS Selangor sebab saya tidak lagi berada dalam Jawatankuasa PAS Selangor, tapi saya berpandangan lebih baik kita bercakap dengan Datuk Menteri Besar dalam isu ini dan tidak mengheret institusi Diraja dalam hal ini sebab ini hal-hal pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya mencadangkan kalau boleh pimpinan negeri (PAS) berjumpa dengan Datuk Menteri Besar, bincang elok-elok,” katanya kepada Antarapos.

Kenyataan itu dipercayai merujuk keputusan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi yang mempertimbangkan cadangan untuk menghadap Sultan Selangor jika isu sekatan peruntukan gagal diselesaikan di peringkat pentadbiran kerajaan negeri.



ADUN PAS Paya Jaras itu sebelum ini telah dipertikaikan akar umbi PAS kerana dilihat pro-Azmin dan Pakatan Harapan berbanding dengan PAS Selangor.

Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan ADUN PAS Paya Jaras itu merupakan sumber yang mengesahkan peruntukan tahunan kepada ahli Parlimen dan ADUN PAS telah disekat oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Betul,” kata Khairuddin Othman kepada portal itu ketika ditanya sama ada kerajaan negeri telah menyekat peruntukan terhadap PAS di Selangor.

Menurut laporan terdahulu, Selangor turut menyingkirkan ketua penerangan PAS Roslan Shahrir Mohd Shahrir daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Kerajaan Selangor memperuntukkan RM800,000 kepada setiap Adun dan RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen di negeri itu setiap tahun.

PAS kini mempunyai 13 ADUN dan seorang ahli Parlimen (Hulu Langat).



Demikianlah Artikel Sekat Peruntukan : Usaha Terakhir Azmin Peras Ugut PAS Selangor ?

Sekianlah artikel Sekat Peruntukan : Usaha Terakhir Azmin Peras Ugut PAS Selangor ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekat Peruntukan : Usaha Terakhir Azmin Peras Ugut PAS Selangor ? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/sekat-peruntukan-usaha-terakhir-azmin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :