Judul : Terowong dasar laut: Dua 'Datuk' bebas dengan jaminan RM200,000 seorang
link : Terowong dasar laut: Dua 'Datuk' bebas dengan jaminan RM200,000 seorang
Terowong dasar laut: Dua 'Datuk' bebas dengan jaminan RM200,000 seorang
ANTARAPOSPUTRAJAYA: Dua individu berpangkat ‘Datuk’ yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, dibebaskan dengan jaminan RM200,000 setiap seorang.
Perintah pembebasan itu dikeluarkan oleh Majistret Aida Kharuleen Azli kira-kira pukul 10.30 pagi.
Mereka ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula 10 Januari lalu selama enam hari dan disambung selama lima hari lagi sehingga hari ini.
Minggu lalu, seorang individu yang menjawat jawatan sebagai timbalan pengerusi sebuah syarikat hartanah dikenakan perintah reman oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang.
Manakala seorang lagi individu pula yang merupakan pengarah eksekutif kanan di sebuah syarikat hartanah direman di Mahkamah Majistret di sini.
Penahanan mereka dibuat susulan daripada serbuan SPRM ke beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), 9 Januari lalu, berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut.
Turut diserbu dalam operasi itu adalah beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar Pulau Pinang.
Demikianlah Artikel Terowong dasar laut: Dua 'Datuk' bebas dengan jaminan RM200,000 seorang
Sekianlah artikel Terowong dasar laut: Dua 'Datuk' bebas dengan jaminan RM200,000 seorang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Terowong dasar laut: Dua 'Datuk' bebas dengan jaminan RM200,000 seorang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/01/terowong-dasar-laut-dua-datuk-bebas.html