Amah didera, diperlakukan macam binatang

Amah didera, diperlakukan macam binatang - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amah didera, diperlakukan macam binatang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amah didera, diperlakukan macam binatang
link : Amah didera, diperlakukan macam binatang

Baca juga


Amah didera, diperlakukan macam binatang

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BUKIT MERTAJAM: Sebulan tidur di luar bersama anjing, selain dimarahi dan dipukul serta tidak diberi makan.
 
Demikian nasib seorang wanita warga Indonesia, yang diperlakukan umpama binatang oleh majikannya dekat Taman Kota Permai, di sini.
 
Nasib malang yang ditempuh sejak tiga bulan lalu itu berakhir apabila diselamatkan pihak berkuasa hasil maklumat orang awam termasuk jiran di kawasan itu.
 
Mangsa yang ditugaskan menjaga ibu majikan itu, diperlakukan seperti binatang apabila ditemui dengan kesan lebam di kepala serta pelbagai kecederaan lain di tangan dan kedua-dua kakinya.
 
Penduduk yang tinggal berjiran di perumahan itu, berkata mangsa yang hanya dikenali dengan panggilan Adelina, 21, itu dilihat dibiarkan tidur di lantai luar depan rumah dengan hanya beralaskan tikar buruk.
 
Katanya, melihat keadaan mangsa yang semakin buruk, dia bertindak memaklumkan perkara itu kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, yang kemudian menghantar tiga pembantunya meninjau situasi itu.
 
Sim berkata, sebaik sampai di lokasi kejadian pada jam 4 petang semalam, mereka melihat mangsa duduk di lantai di hadapan rumah, namun tidak menjawab ketika ditanya, sebaliknya hanya mengangguk kepala dalam keadaan lemah.
 
Katanya, jiran di kawasan itu mendakwa sering terdengar jeritan majikannya memarahi mangsa.
 
"Kami cuba bercakap dengan seorang wanita berusia 60-an yang dipercayai ibu kepada majikannya yang berada di dalam rumah dan memberitahu mahu membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital.
 
"Wanita berkenaan sebaliknya memarahi kami dan menyuruh kami agar tidak mencampuri urusan keluarganya dan memberi nombor telefon bimbit anaknya," katanya di sini hari ini.
 
Sim berkata, majikan yang juga anak wanita berkenaan kembali ke rumah itu jam 6 petang, sebelum mengaku pernah menampar mangsa beberapa kali sebelum ini.
 
"Ketika ditanya mengenai kecederaan dialami mangsa, dia memberitahu bahawa ia adalah kesan bahan kimia yang digunakan pembantu rumah itu untuk membersihkan saluran paip rumah yang tersumbat.
 
"Namun dakwanya, ketika diberikan ubat untuk diletakkan pada luka tersebut, dia tidak mengendahkannya membuatkan luka itu bernanah," katanya.
 
Sim berkata, hasil maklumat yang dikumpul termasuk daripada penduduk yang tinggal berjiran, mendapati mangsa sering dimarahi majikannya hingga lewat malam dan kadangkala tidur di luar hanya dengan mengenakan baju dalam dan seluar.
 
"Kami mendapat tahu yang beberapa pembantu rumah pernah bekerja di situ tetapi berhenti sebaik tiga bulan kerana tidak tahan kerenah majikannya.
 
"Mangsa merupakan yang paling lama bekerja di situ, mungkin tidak melarikan diri kerana takut dengan majikannya," katanya.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata susulan aduan dan maklumat yang diterima, polis menahan dua suspek yang juga dua beradik berusia 36 dan 39 tahun sebelum direman selama dua hari bagi siasatan lanjut.
 
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.
 
 


Demikianlah Artikel Amah didera, diperlakukan macam binatang

Sekianlah artikel Amah didera, diperlakukan macam binatang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amah didera, diperlakukan macam binatang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/amah-didera-diperlakukan-macam-binatang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :