Kenapa tolong kroni BN? soal Noh kepada Azmin

Kenapa tolong kroni BN? soal Noh kepada Azmin - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa tolong kroni BN? soal Noh kepada Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa tolong kroni BN? soal Noh kepada Azmin
link : Kenapa tolong kroni BN? soal Noh kepada Azmin

Baca juga


Kenapa tolong kroni BN? soal Noh kepada Azmin

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
TANJUNG KARANG: Barisan Nasional (BN) Selangor tidak hairan apabila kerajaan negeri meletakkan kesalahan isu tanah di Ijok di bahu mereka, dengan mengaitkan dua syarikat pemaju yang terbabit itu merupakan kroni mereka.
 
Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata, jika benar kedua-dua syarikat itu adalah milik kroni BN, mengapa mereka dibantu oleh Kerajaan Selangor dalam isu membabitkan tanah peneroka di Ijok itu.
 
"Ini ialah perangai kerajaan Pakatan Harapan. Mereka tidak akan terima kesalahan mereka, seolah-olah mereka maksum. Apa saja yang berlaku (mereka kata) ini kroni BN.
 
"Kalau betul itu kroni BN, mengapa kerajaan negeri serahkan tanah itu? Sebab itu cara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu dah betul. Dia tidak kira kroni siapa, asalkan mesti membela rakyat bukan membela pemaju.
 
"Kita dulu memanglah, ketika zaman BN, memang kita beri tanah, kita nak bangunkan tetapi kerana ia separuh jalan, mengambil masa.
 
"Bila kita hilang kuasa di Selangor, banyak perkara yang kita rancang tidak dapat diteruskan kerana bertukar tangan," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Karang.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan media yang dikeluarkan Pengarah Komunikasi Strategik di Pejabat menteri Besar, Yin Shao Loong semalam membabitkan isu tanah di Ijok itu.
 
Pada masa sama, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut mempersoalkan jumlah pampasan yang diterima peneroka dan pemilik tanah terbabit yang tidak mengikut harga pasaran.
 
Katanya, mengapa kerajaan negeri membenarkan peneroka dibayar dengan harga berdasarkan nilai pada tahun 2000 sedangkan tanah mereka dijual pada harga pasaran.
 
"Pada saya ada perjanjian pengurusan, perjanjian jual beli dan keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan pun saya ada. Saya tengok berbagai-bagai syarat. Saya juga peguam dan saya tengok keputusan itu.
 
"Saya nampak cara Abdul Khalid itu dah betul nak bela rakyat, tidak menjaga kepentingan pemaju. Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) terbalik, dia jaga kepentingan syarikat. Saya tengok dia beri RM180,000 dan rumah (kepada peneroka), tetapi ini adalah nilai pada tahun 2000.
 
"Kalau projek lambat, mesti ada Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) 10 peratus, ini yang patut kerajaan negeri bantu," katanya.
 
Noh berkata, syarikat pemaju itulah yang sepatutnya menanggung kerugian dan bukannya rakyat manakala nilai semasa tanah di situ dianggarkan sebanyak RM500,000 bagi setiap ekar (0.40 hektar).
 
"Dia dah memerintah, kenapa tidak beri nilai ikut harga semasa sebagaimana pemaju menjual kepada syarikat ketiga dengan harga pasaran.
 
"Sepatutnya kerajaan negeri mengambil alih dan buat pembangunan supaya boleh memberi pulangan kepada rakyat dengan nilai lebih baik.
 
"Ini seperti keluar mulut buaya, masuk mulut naga pula nanti kerana yang baru-baru ini saya dimaklumkan tempat bertukar dan saiz rumah pula berbeza," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Kenapa tolong kroni BN? soal Noh kepada Azmin

Sekianlah artikel Kenapa tolong kroni BN? soal Noh kepada Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa tolong kroni BN? soal Noh kepada Azmin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/kenapa-tolong-kroni-bn-soal-noh-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: