Judul : Keuntungan FGV kerana diurus dengan baik
link : Keuntungan FGV kerana diurus dengan baik
Keuntungan FGV kerana diurus dengan baik
ANTARAPOSJOHOR BAHRU: Prestasi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang berjaya merekodkan peningkatan keuntungan pada tahun lalu menunjukkan perniagaan itu dapat diuruskan dengan baik selaras dengan fungsi penubuhannya.
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, perkara itu sudah menjadi harapan kepada Felda yang memiliki pegangan saham dalam FGV, apatah lagi warga peneroka.
“Felda merupakan agensi kerajaan, manakala FGV adalah bisnes yang mana kedua-duanya mempunyai fungsi tertentu.
“FGV fokus pada perniagaan untuk mencari keuntungan dan sahamnya yang akan membawa pulangan kepada peneroka yang terlibat dalam FGV,” katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Angkatan Tentera Johor Bahru, di sini, hari ini.
Shahrir berkata, sebenarnya saham tersebut tidak merugikan sesiapa, namun hanya dimomok-momokkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan FGV.
“Mereka (pembangkang) hanya mahu cari pasal serta cari salah. Akhirnya FGV terus untung secara berterusan dan setiap tahun juga dapat bayar dividen. Kita tidak pernah menghalang peneroka yang mahu menguruskan ladangnya sendiri.
“Sekarang saya yakin bahawa Felda sudah pulih kepada asal dan akan terus diperkasa,” katanya.
Semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, dalam satu kenyataan berkata, FGV merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM417 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Katanya, ini merupakan peningkatan 60 peratus berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM260 juta pada 2016 dan peningkatan tersebut susulan prestasi lebih baik pada sektor perladangan serta logistik dan lain-lain (LO).
Demikianlah Artikel Keuntungan FGV kerana diurus dengan baik
Sekianlah artikel Keuntungan FGV kerana diurus dengan baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Keuntungan FGV kerana diurus dengan baik dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/keuntungan-fgv-kerana-diurus-dengan-baik.html