Judul : Masyarakat India perlu ada ‘nambike’ terhadap BN – Najib
link : Masyarakat India perlu ada ‘nambike’ terhadap BN – Najib
Masyarakat India perlu ada ‘nambike’ terhadap BN – Najib
THE MALAYSIAN TIMES
LANGKAWI: Masyarakat India perlu mempunyai ‘nambike’ atau kepercayaan terhadap Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang boleh diharapkan untuk mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata mereka harus yakin dengan kebolehan BN berdasarkan konsep ‘naalai namathey, naalum namathey’ yang bermaksud ‘esok milik kita, selamanya milik kita’.
“Tepuk dada tanya selera. Maknanya jelas, tak payahlah saya cakap panjang sebab orang Langkawi pun faham, orang India Langkawi pun faham bahawa hanya BN sahaja yang kita boleh letakkan harapan kita.
“…kita tidak boleh ‘pakai’ pembangkang sebab kalau kita nak majukan sesebuah wilayah atau negeri, mahupun sebuah negara, kita mesti meletakkan kepercayaan kita kepada sebuah kerajaan yang ada rekod kejayaan dan ada kekuatan serta kemampuan bawa perubahan kepada negara kita,” kata beliau.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika berucap pada majlis Teh Tarik bersama Masyarakat India di Dewan MIC Bahagian Langkawi di Taman Sungai Raya di sini, hari ini.—Bernama
Demikianlah Artikel Masyarakat India perlu ada ‘nambike’ terhadap BN – Najib
Sekianlah artikel Masyarakat India perlu ada ‘nambike’ terhadap BN – Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Masyarakat India perlu ada ‘nambike’ terhadap BN – Najib dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/masyarakat-india-perlu-ada-nambike.html