400 maahad tahfiz diseru daftar jaga keselamatan pelajar – Zahid

400 maahad tahfiz diseru daftar jaga keselamatan pelajar – Zahid - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 400 maahad tahfiz diseru daftar jaga keselamatan pelajar – Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 400 maahad tahfiz diseru daftar jaga keselamatan pelajar – Zahid
link : 400 maahad tahfiz diseru daftar jaga keselamatan pelajar – Zahid

Baca juga


400 maahad tahfiz diseru daftar jaga keselamatan pelajar – Zahid

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kira-kira 400 maahad tahfiz swasta di seluruh negara supaya segera mendaftarkan institusi mereka dengan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing bagi menjaga keselamatan dan kepentingan pelajar tahfiz.

Timbalan perdana menteri berkata statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan terdapat hampir 1,000 maahad di negara ini namun setakat ini hanya 612 yang berdaftar.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata maahad tahfiz yang tidak berdaftar dipercayai tidak mahu melakukannya kerana khuatir tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Ini adalah kerana Jabatan Agama Islam ada piawaian yang perlu dipenuhi seperti ciri-ciri keselamatan Jabatan Bomba dan jumlah guru yang mencukupi. Mereka perlu berdaftar demi menjaga keselamatan anak-anak tahfiz.

“Ini bukan untuk membebankan atau menyusahkan mereka,” katanya selepas menyerahkan 1,836 bantuan alat keselamatan kebakaran kepada Institusi Tahfiz Swasta Berdaftar di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang turut mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Khas Sekolah Tahfiz hari ini berkata mesyuarat itu juga bersetuju untuk membekalkan kamera litar tertutup (CCTV) kepada institusi tahfiz yang berdaftar melalui Yayasan Taqwa, sebuah organisasi kebajikan sosial dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) secara berperingkat.

Katanya perkara ini akan diteliti kerana pemasangan CCTV melibatkan kos yang tinggi.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat itu juga mengeluarkan arahan bahawa semua alat pemadam api yang diserahkan hari ini diselenggara serta memastikan semua maahad tahfiz menjalankan latihan kebakaran sekurang-kurangnya sekali setahun di bawah penyeliaan Jabatan Bomba.

“Usaha kerajaan ini bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batok di tangga. Kita tidak bermesyuarat hanya selepas satu kebakaran atau insiden berlaku. Kerajaan sentiasa komited dan kita istiqamah serta mahu memastikan anak-anak tahfiz mendapat kemudahan yang sama (seperti pelajar sekolah kerajaan).

“Langkah ini adalah bagi menjamin masa depan mereka seimbang di dunia dan akhirat. Usaha kita ini bukan bertujuan mengambil kuasa mana-mana pihak. Jangan disalah tafsir dan saya berharap usaha ini dapat diterjemah pelaksanaannya,” katanya.

Justeru, Ahmad Zahid meminta semua pihak untuk memberi dukungan dan sokongan kepada kerajaan dalam meneruskan usaha memartabatkan institusi tahfiz di negara ini.—Bernama



Demikianlah Artikel 400 maahad tahfiz diseru daftar jaga keselamatan pelajar – Zahid

Sekianlah artikel 400 maahad tahfiz diseru daftar jaga keselamatan pelajar – Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 400 maahad tahfiz diseru daftar jaga keselamatan pelajar – Zahid dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/400-maahad-tahfiz-diseru-daftar-jaga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :