Pengawal keselamatan didakwa rompak berkumpulan terhadap pemandu bas

Pengawal keselamatan didakwa rompak berkumpulan terhadap pemandu bas - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengawal keselamatan didakwa rompak berkumpulan terhadap pemandu bas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengawal keselamatan didakwa rompak berkumpulan terhadap pemandu bas
link : Pengawal keselamatan didakwa rompak berkumpulan terhadap pemandu bas

Baca juga


Pengawal keselamatan didakwa rompak berkumpulan terhadap pemandu bas

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang pemandu bas dengan merampas begnya yang mengandungi wang dan telefon bimbit.

Mohd Azizi Abd Rahman, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Tertuduh didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompak berkumpulan terhadap C. Batmanathan,30, dengan merampas beg sandang milik mangsa yang mengandungi kad pengenalan, lesen, telefon bimbit dan wang tunai RM2,200.

Bapa anak dua itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di depan sebuah rumah di Jalan Sentul Sehaluan, Sentul di sini pada 5.30 pagi, 9 Feb lepas, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin tidak menawarkan jaminan manakala Mohd Azizi yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan dia penanggung tunggal keluarga.

Mahkamah yang menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes, membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, melaporkan diri dua kali sebulan di balai polis berhampiran serta dilarang mengganggu saksi.

Di mahkamah sama seorang penarik kabel, Mohamad Shakir Zamri ,20, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senjata buku lima di dalam sarung hitam di dalam poket depan kanan seluarnya di sebuah premis di Permata Mutiara Fadason, Jalan 2/17 Off Jalan Kepong, di sini pada 12.15 tengah malam, 19 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman lima hingga 10 tahun penjara, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Nurul Khairiyah manakala tertuduh tidak diwakili.

Hakim Zaman membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 20 Feb untuk sebutan semula kes.–Bernama



Demikianlah Artikel Pengawal keselamatan didakwa rompak berkumpulan terhadap pemandu bas

Sekianlah artikel Pengawal keselamatan didakwa rompak berkumpulan terhadap pemandu bas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengawal keselamatan didakwa rompak berkumpulan terhadap pemandu bas dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/pengawal-keselamatan-didakwa-rompak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :