Nik Zawawi sedia 'tanding dan tidak tanding' PRU14 nanti

Nik Zawawi sedia 'tanding dan tidak tanding' PRU14 nanti - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Zawawi sedia 'tanding dan tidak tanding' PRU14 nanti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Zawawi sedia 'tanding dan tidak tanding' PRU14 nanti
link : Nik Zawawi sedia 'tanding dan tidak tanding' PRU14 nanti

Baca juga


Nik Zawawi sedia 'tanding dan tidak tanding' PRU14 nanti

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh bersedia untuk 'bertanding dan tidak bertanding' pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.
 
Katanya, jika dicalonkan bertanding beliau bersedia untuk diletakkan dimana-mana 130 kerusi parlimen yang mahu ditandingi PAS.
 
Pun begitu Nik Zawawi tidak mengesahkan atau menafikan laporan yang mengatakan beliau akan diletakkan di kerusi parlimen Pasir Puteh.
 
"Ya, bertanding tetapi pulang kepada parti, kalau parti kata bertanding, saya bertanding, kalau parti kata tidak bertanding saya tidak bertanding.
 
"Saya seluruh dunia bersedia," katanya sambil berseloroh ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Terdahulu, PAS disebut-sebut bakal meletakkan Nik Zawawi sebagai calon di Pasir Puteh menggantikan Nik Mazian Nik Mohamad yang menang dengan majoriti 1,888 undi pada PRU lalu.
 
Nik Mazian memutuskan untuk tidak bertanding pada PRU kali ini, selepas empat penggal bergelar wakil rakyat.
 
Kerusi parlimen Pasir Puteh telah menjadi milik PAS sejak dari 1999 lagi, ia selepas dua penggal menjadi milik Semangat 46, parti serpihan yang ditubuhkan pada 1989 oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
 
Pada PRU kali ini, PPBM juga dikatakan bakal meletakkan ketua penerangan mereka, Datuk Kamaruddin Md Noor, manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pula akan bertanding mewakili parti BN.
 
Sementara itu, Nik Zawawi memaklumkan Majlis Syura Ulama PAS kini sudah selesai memuktamadkan senarai nama calon yang akan bertanding dalam PRU kali ini.
 
Namun katanya, ia hanya akan diisytiharkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran parlimen nanti.
 
"Calon-calon sudah diselesaikan, kita hanya belum isytihar sahaja lagi. Bila bubar parlimen kita isytihar (senarai calon).
 
"Majlis syura memutuskan bahawa calon-calon yang bertanding di seluruh negara ini adalah cukup, syaratnya cukup dan jumlahnya cukup," ujarnya lagi.
 
Terdahulu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan partinya itu bakal bertanding di 130 kerusi parlimen pada PRU14 dengan sasaran menang sekurang-kurangnya 40 buah kerusi.
 
 


Demikianlah Artikel Nik Zawawi sedia 'tanding dan tidak tanding' PRU14 nanti

Sekianlah artikel Nik Zawawi sedia 'tanding dan tidak tanding' PRU14 nanti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Zawawi sedia 'tanding dan tidak tanding' PRU14 nanti dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/nik-zawawi-sedia-tanding-dan-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :