Judul : Pejabat KM Sarawak nafi beri amaran pada Petronas
link : Pejabat KM Sarawak nafi beri amaran pada Petronas
Pejabat KM Sarawak nafi beri amaran pada Petronas
ANTARAPOSSHAH ALAM: Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini menafikan catatan media sosial yang memetik Ketua Menteri Abang Johari Openg sebagai memberi ultimatum atau amaran kepada Petronas.
Sambil menyuarakan rasa kesal terhadap berita palsu itu, Pejabat Ketua Menteri turut menegaskan bahawa Abang Johari tidak pernah berbuat sedemikian.
“Pihak pejabat ini mahu menjelaskan bahawa ketua menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang ultimatum (amaran) kepada Petronas walaupun menjadi tanggungjawab Petronas untuk mematuhi undang-undang negeri ini sebagaimana syarikat lain yang berminat dengan prospek dan perlombongan di Sarawak.
“Ketua menteri) juga sentiasa menekankan Sarawak akan bekerjasama dengan Petronas menerusi syarikat minyak yang baru ditubuhkannya, PETROS dalam sektor minyak dan gas di Sarawak berdasarkan ketetapan undang-undang dan Perlembagaan.
"Berita palsu itu sesuatu yang amat dikesali," kata pejabat itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Demikianlah Artikel Pejabat KM Sarawak nafi beri amaran pada Petronas
Sekianlah artikel Pejabat KM Sarawak nafi beri amaran pada Petronas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pejabat KM Sarawak nafi beri amaran pada Petronas dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/pejabat-km-sarawak-nafi-beri-amaran.html