PAS jangan pemainkan ikatan perkahwinan demi politik - penganalisis

PAS jangan pemainkan ikatan perkahwinan demi politik - penganalisis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS jangan pemainkan ikatan perkahwinan demi politik - penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS jangan pemainkan ikatan perkahwinan demi politik - penganalisis
link : PAS jangan pemainkan ikatan perkahwinan demi politik - penganalisis

Baca juga


PAS jangan pemainkan ikatan perkahwinan demi politik - penganalisis

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS dinasihat agar tidak terus mempertaruhkan sesuatu ikatan perkahwinan semata-mata mahu mengekalkan kuasa politik partinya di negara ini.
 
Penganalisis politik, Dr Aidit Ghazali bertegas beliau secara peribadinya menolak percaturan PAS yang menggunakan isu cerai talak tiga ke atas wakil rakyatnya hanya untuk urusan duniawi.
 
"Secara perbadi saya tidak setuju, sekiranya atas sebab politik, terjatuhnya talak tiga sebab politik ini urusan duniawi untuk mencapai sesuatu matamat yang baik",  
 
"Tetapi kita kena faham politik kalau kita gagal ia tidak menggegarkan arasy, tetapi bila berlaku penceraian antara dua hamba Allah, ini dikatakan menggegarkan arasy. 
 
"Maknanya bercerai ini, Allah izinkan tetapi ini satu-satunya perkara yang Allah benci. Tapi politik ini kita terlibat pun takda masalah, tidak terlibat pun tiada masalah", katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian mengulas keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS semalam yang memutuskan untuk mengekalkan lafaz bai'ah ke atas calon yang akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. 
 
Manakala lafaz bai'ah talak tiga akan disesuaikan mengikut keperluan dan situasi politik negeri-negeri tertentu. 
 
Pemimpin PAS sebelum ini melihat keperluan wakil rakyatnya melafazkan bai'ah sebagai jaminan kesetiaan mereka agar sesuatu kerajaan yang dibina tidak runtuh - jika ada antara mereka bertindak melompat parti. 
 
Mengulas lanjut, Aidit berkata PAS sepatutnya boleh menilai keberkesanan lafaz bai'ah yang anjurkan partinya berikutan masih ada wakil rakyatnya bertindak lompat parti meskipun terikat dengan ikrar setia itu.
 
"Sebelum PAS hendak menetapkan talak tiga itu jatuh sekiranya mana-mana ahli langgar bai'ah, mereka perlu berfikir masak-masak apa sebenarnya matlamat mereka sehingga mengikat sedemikian rupa.
 
"Kita lihat sendiri ada sebahagian pemimpin PAS yang dahulu, kini berada dalam PAN (Amanah). Mereka (juga) memperlekehkan bai'ah itu sendiri kerana bai'iah tidak capai matlamat", ujarnya.
 
Isu lafaz bai'ah PAS yang digunakan untuk mengikat wakil rakyat atau pemimpin pernah menjadi perdebatan secara terbuka selepas beberapa pimpinan kanan bertindak keluar parti.
 
Aidit menambah, PAS tidak seharusnya mengikat wakil rakyatnya sedemikian rupa sebaliknya perlu mendidik ahli akar umbinya supaya lebih taat dan setia kepada parti.
 
"Menerangkan dan mendidik di peringkat akar umbi dari segi strategi baru, kerana sekian lama berpuluh tahun akar umbi ditanam seolah-olah parti PAS sahaja yang betul
 
"Jadi macam mana nak buka minda di peringkat akar umbi supaya mereka lebih terbuka dengan pilihan baru demi kepentingan agama islam, bangsa dan kedaulatan negara", katanya lagi.
 
 


Demikianlah Artikel PAS jangan pemainkan ikatan perkahwinan demi politik - penganalisis

Sekianlah artikel PAS jangan pemainkan ikatan perkahwinan demi politik - penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS jangan pemainkan ikatan perkahwinan demi politik - penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/pas-jangan-pemainkan-ikatan-perkahwinan.html

Subscribe to receive free email updates: