Judul : Putrajaya akan campur tangan isu Orang Asli Gua Musang
link : Putrajaya akan campur tangan isu Orang Asli Gua Musang
Putrajaya akan campur tangan isu Orang Asli Gua Musang
KUALA LUMPUR: Kerajaan pusat tidak menolak kemungkinan akan campur tangan sekali lagi bagi menyelesaikan isu Orang Asli di Kelantan yang melakukan sekatan di beberapa laluan ke kawasan pembalakan di Gua Musang sejak 13 Februari lalu.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan wakil Orang Asli dan juga kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian.
“Isu sekatan ini bukan perkara baharu, sebab sebelum ini juga pernah berlaku. Dulu dah berlaku tapi kita dah selesaikan sebab ia melibatkan kerajaan negeri…yang keluarkan lesen pembalakan adalah kerajaan negeri.
“Apa yang boleh dilakukan Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah adalah berunding dengan kerajaan negeri.
“Dahulu pun kita panggil pemimpin Jakoa dan kerajaan negeri supaya berbincang dan selesaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Konvensyen Perdana Wanita Dinamis Felcra (Wadira) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Sabtu lalu, pemimpin Jaringan Kampung Orang Asli di Kelantan, Mustafa Along dilaporkan berkata seramai 800 Orang Asli mendirikan sekatan di Gua Musang bagi menghalang lori keluar masuk di kawasan itu dan membantah aktiviti pembalakan serta perlombongan yang meluas.
Beliau berkata ada aktiviti pembalakan dan penanaman getah secara meluas di Chawas, penanaman pokok durian Musang King serta pembalakan dijalankan di Tohoi, manakala syarikat swasta menjalankan pembalakan, penanaman kelapa sawit dan perlombongan emas di Kuala Wok.
Susulan sekatan itu lebih 50 penduduk Orang Asli suku Temiar dari 6 pos penempatan di Gua Musang membuat laporan polis semalam bagi membantah sekatan itu dan mendakwa penduduk terlibat dipercayai dihasut pihak tertentu dari luar Kelantan.
Berhubung dakwaan itu, Ismail berkata pihaknya tidak mahu menuduh mana-mana pihak berdasarkan maklumat yang belum disahkan.
“Saya pun tak dapat gambaran sebenar mengenai perkara ini. Saya akan dapatkan maklumat terperinci. Saya tak nak tuduh sesiapa lagi, masyarakat Orang Asli atau kerajaan negeri,” katanya.
Orang Asli nafi dihasut pihak luar, buat sekatan demi tuntut hak sendiri
Demikianlah Artikel Putrajaya akan campur tangan isu Orang Asli Gua Musang
Sekianlah artikel Putrajaya akan campur tangan isu Orang Asli Gua Musang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Putrajaya akan campur tangan isu Orang Asli Gua Musang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/putrajaya-akan-campur-tangan-isu-orang.html