Judul : Umno: Musa lebih berjasa pada Sabah berbanding Shafie
link : Umno: Musa lebih berjasa pada Sabah berbanding Shafie
Umno: Musa lebih berjasa pada Sabah berbanding Shafie
Ramlee Marahaban berkata Shafie pernah berada pada kedudukan lebih baik untuk membantu rakyat Sabah sebagai naib presiden Umno dan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
KOTA KINABALU: Walaupun Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tidak menggunakan slogan “Sabah untuk Sabah” seperti Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal tetapi Musa lebih berjasa pada rakyat negeri itu, kata Datuk Ramlee Marahaban.
Timbalan ketua penerangan Barisan Nasional (BN) berkata Shafie pernah berada pada kedudukan lebih baik untuk membantu rakyat Sabah sebagai naib presiden Umno dan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
“Sebagai naib presiden parti, Shafie adalah orang ke-3 paling berkuasa di negara selepas presiden dan timbalan presiden kerana Umno adalah tulang belakang kerajaan BN.
“Sebagai menteri persekutuan, beliau berpeluang melantik rakyat Sabah, sekurang-kurangnya dalam kementeriannya, tetapi hinggalah hari beliau disingkirkan, tiada seorang kakitangan rakyat Sabah pun dicadangkan olehnya atau dilantik di peringkat persekutuan. Ini sesuatu rakyat harus fikirkan,” katanya.
Sebaliknya, menurut Ramlee, Datuk Seri Mohammad Mentek, seorang Bajau dari Semporna, dilantik menjadi ketua setiausaha di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan oleh Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang sebelum ini memegang portfolio menteri.
Ini disusuli dengan pelantikan rakyat Sabah lain seperti Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Datuk Sabin Samitah, Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia Datin Norhaini Udin, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Ramzah Dambul.
Ramlee berkata 80% kakitangan awam di jabatan persekutuan di negeri itu adalah rakyat Sabah, termasuklah Jabatan Kastam, Jabatan Pendidikan, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah dan Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah.
“Walaupun Musa tidak pernah mengatakan apa-apa berkenaan pencapaiannya dalam meningkatkan status kakitangan awam rakyat Sabah, rekod itu membuktikan pencapaiannya.
“Hakikatnya, kerana pimpinan Musa, kebanyakan kakitangan awam rakyat Sabah diberi kepercayaan memimpin di peringkat persekutuan dan ahli politik kita diberi peranan penting, termasuklah sebagai menteri-menteri kanan dan duta-duta,” katanya.
Penurunan kadar kemiskinan
Ramlee yang juga pembantu menteri kewangan negeri itu, berkata sejak Musa dilantik sebagai ketua menteri pada 2003, rizab Sabah mencatat pertumbuhan dari RM184 juta kepada RM3.74 bilion pada 2017, iaitu pertumbuhan sebanyak 138% setiap tahun.
Katanya, kadar kemiskinan di negeri itu juga menurun daripada 19.8% pada 2009 kepada 2.9% tahun lepas, sementara keluasan ekar hutan kekal meningkat daripada 838,000 hektar pada 2002 kepada 1.8 juta hektar pada 2017.
Dari segi politik, Musa yang pertama kali memimpin pilihan raya negeri pada 2004 dan sekali lagi pada 2008 dan 2013, konsisten memastikan majoriti 2/3 dan menyumbang kepada jumlah kerusi parlimen BN secara signifikan.
“Dari segi kabinet negeri dan perkhidmatan awam negeri, kita boleh lihat setiap kaum diwakili termasuk minoriti. Ini menunjukkan Musa bukan pemimpin hanya untuk kumpulan atau kaum tertentu tetapi untuk semua,” katanya.
Ramlee juga kecewa dengan video menunjukkan Shafie mempersoalkan asal usul keluarga Musa.
“Ibu Musa berketurunan Dusun, sementara itu, nenek moyang sebelah bapanya berketurunan Suluk Bajau,” katanya.
“Sebab itulah kita perlu menilai pemimpin berdasarkan rekod mereka, bukan apa yang mereka katakan seperti yang dilakukan Shafie dan pemimpin Warisan lain. Hakikatnya, Shafie dahulu diberikan tanggungjawab besar dalam Umno tetapi beliau gagal.
“Beliau diberikan RM7.5 bilion dalam bentuk dana bagi membangunkan kawasan pedalaman Sabah tetapi sekarang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat dakwaan penggelapan RM1.5 bilion daripada dana itu,” kata Ramlee.
“Musa melaksanakan kata-kata semasa memegang kuasa, tidak seperti Shafie yang hanya mengeluarkan retorik dan janji apabila tidak lagi berkuasa.”
Demikianlah Artikel Umno: Musa lebih berjasa pada Sabah berbanding Shafie
Sekianlah artikel Umno: Musa lebih berjasa pada Sabah berbanding Shafie kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Umno: Musa lebih berjasa pada Sabah berbanding Shafie dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/umno-musa-lebih-berjasa-pada-sabah.html