Judul : SIAPA KATA MALAYSIA TIADA PILIHAN?
link : SIAPA KATA MALAYSIA TIADA PILIHAN?
SIAPA KATA MALAYSIA TIADA PILIHAN?
shahbuduindotcom
Pepatah zaman kleptokrasi ada menyebut - kalau mahu pandai dan bijak, makanlah makanan berkhasiat, tetapi jika mahu jadi bengap, cubalah ambil dedak.
Tidak pasti sama ada Chandra Muzaffar ini jenis penerima dedak atau tidak, tetapi melihat kepada hujah-hujah yang disampaikannya dalam menyokong keputusan kerajaan membenarkan kehadiran diplomat Israel ke negara ini, ia nampak tidak jauh berbeza dengan cara berfikir mereka yang diketahui adalah penerima dedak daripada Najib Razak yang bertaburan di media sosial sekarang ini.
Chandra dilaporkan berkata, kehadiran diplomat Israel untuk menyertai Forum Bandar Sedunia di Kuala Lumpur, baru-baru ini tidak dapat dielakkan kerana ia adalah syarat yang ditetapkan oleh penganjur iaitu UN-Habitat, sebuah agensi PBB.
"Persidangan antarabangsa itu adalah anjuran PBB dan PBB tidak membeza-bezakan anggotanya. Jadi, diplomat itu hadir atas kapasiti dan kedudukannya sebagai negara anggota PBB.
"Ini bermakna bukan Malaysia yang menjemput Israel atau menyediakan platform untuk mereka datang. Sebagai tuan rumah, Malaysia harus mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, termasuk membenarkan kemasukan diplomat Israel.
"Malaysia tiada pilihan. Kita menjemput Israel bukan atas kehendak kita. Israel datang juga bukan kerana kerajaan Malaysia, tetapi untuk menghadiri WUF," katanya lagi.
Fikir dan nilaikan sendiri hujah-hujah Chandra itu dan benarkah Malaysia tiada pilihan?
Pertama, apakah Forum Bandar Sedunia itu begitu penting bagi negara, kepada rakyat dan masa depan Malaysia?
Adakah jika menolak penganjurannya yang diketahui terdapat syarat mesti membenarkan kehadiran diplomat Israel, Malaysia akan dipulaukan oleh PBB, disekat ekonominya atau diperangi oleh mana-mana kuasa besar dunia?
Mana lebih penting, menolak penganjuran forum dan secara langsung menghalang kemasukan diplomat Israel atau setuju menganjurkannya dan membenarkan kehadiran diplomat Israel yang dengannya menyinggung perasaan seluruh umat Islam serta menodai sokongan kepada perjuangan rakyat Palestine selama ini?
Jadi, siapa kata kita tiada pilihan?
Kedua, apakah ketika kerajaan bersetuju untuk menjadi tuan rumah menganjurkan forum itu dahulu, Malaysia tidak menyemak syarat PBB yang menghendaki semua negara peserta, termasuk Israel, mesti dibenarkan masuk ke negara ini?
Jika ia disedari sejak awal, kenapa Malaysia setuju juga menjadi penganjur atau pernahkah Malaysia cuba berunding dengan PBB untuk mengecualikan kehadiran Israel ke negara kita?
Mustahak sangatkah kehadiran Israel atau Forum Bandar Sedunia akan cacat tanpa kelibat diplomat daripada negara yang selalu bersikap kejam terhadap rakyat Palestine?
Pilihan tiada atau Malaysia tidak cuba mengemukakan pilihan kepada PBB?
Akhirnya, katalah persoalan tentang kehadiran diplomat Israel pernah dibangkitkan oleh Malaysia kepada PBB dan ia ditolak oleh badan dunia itu, tidakkah lebih mulia kita menolak saja untuk jadi penganjur forum tersebut?
Sekurang-kurangnya Malaysia dapat menunjukkan ketegasannya dalam soal Israel kepada PBB dan dalam masa yang sama dapat memperlihatkan kita tidak bersikap talam dua muka dalam menyokong perjuangan rakyat Palestine.
Di mana harga diri Malaysia jika dalam soal berkaitan Israel dan Palestine pun boleh dikompromi hanya dengan sebuah forum yang belum tentu memberi banyak makna rakyat dan negara?
Hakikatnya, pilihan memang ada, terbuka dan terbentang dengan luasnya. Hanya mahu atau tidak mahu mengemukakannya saja.
Demikianlah Artikel SIAPA KATA MALAYSIA TIADA PILIHAN?
Sekianlah artikel SIAPA KATA MALAYSIA TIADA PILIHAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SIAPA KATA MALAYSIA TIADA PILIHAN? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/siapa-kata-malaysia-tiada-pilihan.html