Bayi mangsa dera tanggung azab patah tulang rusuk, paha

Bayi mangsa dera tanggung azab patah tulang rusuk, paha - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bayi mangsa dera tanggung azab patah tulang rusuk, paha, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bayi mangsa dera tanggung azab patah tulang rusuk, paha
link : Bayi mangsa dera tanggung azab patah tulang rusuk, paha

Baca juga


Bayi mangsa dera tanggung azab patah tulang rusuk, paha

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BUKIT MERTAJAM: Punca kematian bayi perempuan berusia dua bulan yang disyaki didera dalam kejadian di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah di sini kelmarin adalah disebabkan pendarahan di dalam kepala.
 
Selain itu, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa di Hospital Seberang Jaya di sini juga menunjukkan bayi berkenaan menderita akibat kecederaan dalaman dan luaran hampir di seluruh bahagian badan.
 
Ketua Ketua Polis Daerah Seberang Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan luaran mendapati terdapat banyak kesan lebam dan calar pada bahagian tubuh bayi itu dari bahagian kepala, muka, mulut, badan, kedua-dua belah lengan atas dan kedua-dua belah kaki.
 
Selain itu, kata beliau, terdapat kesan kecederaan pada kemaluan bayi berkenaan selain kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan.
 
Sementara itu, ujarnya, pemeriksaan dalaman menunjukkan kesan pendarahan yang banyak di bawah kulit kepala serta pendarahan pada bahagian otak.
 
“Terdapat juga banyak kesan patah dan penyembuhan pada tulang rusuk kiri dan kanan, kesan patah dan penyembuhan pada lengan kanan dan kesan patah baru pada tulang paha kiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Dalam kejadian kira-kira 11 malam semalam, bayi itu yang merupakan anak bongsu kepada pasangan suami isteri yang berusia 22 dan 26 tahun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HSJ.
 
Terdahulu, bayi itu dibawa kedua-dua ibu bapanya ke sebuah klinik di sini dalam keadaan lemah dan tidak bermaya selepas didakwa enggan meminum susu.
 
Dalam pada itu, Nik Ros Azhan berkata, kecederaan pada bahagian luar bayi berkenaan adalah disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk perbuatan cubit serta hentakan.
 
“Kecederaan dalaman pula adalah hentakan kuat sehingga pendarahan berlaku di organ dalaman seperti otak,” katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Bayi mangsa dera tanggung azab patah tulang rusuk, paha

Sekianlah artikel Bayi mangsa dera tanggung azab patah tulang rusuk, paha kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bayi mangsa dera tanggung azab patah tulang rusuk, paha dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/bayi-mangsa-dera-tanggung-azab-patah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :