Terengganu akan mohon UNESCO iktiraf keunikan warisan Cina

Terengganu akan mohon UNESCO iktiraf keunikan warisan Cina - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terengganu akan mohon UNESCO iktiraf keunikan warisan Cina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terengganu akan mohon UNESCO iktiraf keunikan warisan Cina
link : Terengganu akan mohon UNESCO iktiraf keunikan warisan Cina

Baca juga


Terengganu akan mohon UNESCO iktiraf keunikan warisan Cina




Terengganu akan mohon UNESCO iktiraf keunikan warisan Cina



Kerajaan negeri Terengganu akan menghantar permohonan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk mengiktiraf keunikan budaya dan warisan masyarakat Cina di negeri itu khususnya di Kampung Cina.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata masyarakat Cina di Terengganu tidaklah ramai iaitu seramai 28,300 orang sahaja namun mereka ini sangat hebat dan berbeza daripada masyarakat Cina di negeri lain.

“Ada antara generasi Cina Terengganu dahulu yang boleh membaca tulisan jawi, memasak masakan Melayu, selesa memakai kebaya dan baju kurung, malah mahir bercakap dalam loghat Terengganu… jadi kita akan berharap warisan kebudayaan ini akan mendapat pengiktirafan UNESCO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di sini, hari ini . Turut hadir isteri menteri besar Toh Puan Seri Halina Zakaria, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Zubir Embong, Pengerusi MCA Terengganu Datuk Toh Chin Yaw dan Pegawai Penyelaras DUN Bandar, Toh Sheng Cheng.

Katanya kerajaan negeri pernah menghantar permohonan untuk menjadikan Kampung Cina sebagai Tapak Warisan Dunia namun ditolak UNESCO kerana banyak bangunan di kawasan itu telah diubah suai selain beberapa transformasi maju yang berlaku di kawasan sekitarnya.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga akan meneruskan pembangunan di sekitar Kampung Cina, Pasar Besar Kedai Payang, Dataran Shahbandar dan Pulau Warisan sebagai pemangkin kepada sektor pelancongan negeri.

“Pada malam esok juga akan terdapat tayangan telemovie bertajuk Kebaya Mek Hwa yang memaparkan Kampung Cina sebagai lokasi penggambarannya serta keunikan budaya hidup masyarakat Cina di kawasan itu.

“Ia diharap mampu menarik kedatangan pelancong ke Kampung Cina kerana hanya di sini sahaja terdapat keistimewaan dan keunikan tersebut,” katanya.



Demikianlah Artikel Terengganu akan mohon UNESCO iktiraf keunikan warisan Cina

Sekianlah artikel Terengganu akan mohon UNESCO iktiraf keunikan warisan Cina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terengganu akan mohon UNESCO iktiraf keunikan warisan Cina dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/02/terengganu-akan-mohon-unesco-iktiraf.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :