Judul : Air di Selangor masih ada sebab projek tebatan banjir
link : Air di Selangor masih ada sebab projek tebatan banjir
Air di Selangor masih ada sebab projek tebatan banjir
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Air masih ada di Selangor disebabkan projek-projek tebatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan walaupun rizab margin simpanan air adalah sifar peratus, kata Persatuan Air Malaysia.
“Situasi khas Selangor apabila margin simpanan juga dikira berdasarkan Kapasiti Pengagihan Keseluruhan ialah untuk membantu menjelaskan mengapa walaupun rizab margin adalah sifar peratus, bekalan air masih ada kerana projek tebatan oleh Kerajaan Persekutuan,” kata presidennya Datuk Abdul Kadir Mohd Din.
Margin simpanan juga berubah-ubah dan mengalami perubahan berdasarkan pola penggunaan dan musim, menurut persatuan itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menggemblengkan para profesional dan jurutera, perancang, ahli akademik, penyelidik, perunding, pembekal, kontraktor dalam bidang air dan air limbah di negara ini dan rantau ini.
Sebagai contoh, turun-baik permintaan setiap hari tidak penting dan ditampung oleh penyimpanan tetapi turun-naik bermusim adalah lebih ketara semasa tempoh pra perayaan atau tempoh cuaca panas, kata beliau dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, Abdul Kadir berkata seperti terbukti sejak beberapa hari kebelakangan ini, impak negatif yang paling signifikan ialah pemulihan yang perlahan kepada bekalan penuh selepas berlaku gangguan bagi pengeluaran atau bekalan utama.
“Sebagai contoh, jika pengeluaran anda terjejas sebanyak 15 peratus disebabkan insiden tertentu, dan jika pada masa itu, margin simpanan adalah tiga peratus, secara teknikal anda mengambil masa lima hari untuk pengeluaran pulih kembali dan mencapai pemulihan penuh.
“Kesannya ialah pengguna akan menghadapi masalah tiada air selama lima hari,” kata beliau.
Lebih 400 kawasan di Lembah Klang dan Selangor mengalami gangguan bekalan air selama beberapa hari awal bulan ini.
Demikianlah Artikel Air di Selangor masih ada sebab projek tebatan banjir
Sekianlah artikel Air di Selangor masih ada sebab projek tebatan banjir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Air di Selangor masih ada sebab projek tebatan banjir dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/air-di-selangor-masih-ada-sebab-projek.html