Judul : Diplomat Israel satu-satunya delegasi yang tidak disambut - timbalan menteri
link : Diplomat Israel satu-satunya delegasi yang tidak disambut - timbalan menteri
Diplomat Israel satu-satunya delegasi yang tidak disambut - timbalan menteri
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Diplomat Israel adalah satu-satunya delegasi yang tidak diberikan sambutan oleh kerajaan Malaysia apabila tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghadiri World Urban Forum (WUF).
Timbalan Menteri Luar Reezal Merican Naina Merican berkata wakil daripada Israel itu tidak dialu-alukan oleh kerajaan Malaysia, justeru kehadirannya tidak diraikan Kementerian Luar.
“Mahu pun Polis Diraja Malaysia, kita tak beri kawalan keselamatan kepada dia.
"Kita serahkan kepada UN (Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) sebab kita tak mengalu-alukan kedatangannya, dia dijemput UN dan disebabkan itu dia dibenarkan masuk," kata Reezal (BN-Kepala Batas) di Dewan Rakyat hari ini.
Reezal menjawab soalan Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang bertanyakan sama ada Malaysia bercadang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel selepas menerima diplomat negara itu hadir ke forum WUF baru-baru ini.
Kemasukan duta Israel ke Malaysia itu mencetuskan bantahan banyak pihak, malah PAS menuduh Umno “talam dua muka” kerana kejadian itu.
Reezal berkata, membenarkan kemasukan diplomat Israel itu tidak bermakna Malaysia mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Zionis itu.
Katanya, pendirian Malaysia berhubung kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin masih tidak berubah.
“Kalau pergi ke Turki, di Turki ada kedutaan di Tel Aviv. Israel ada kedutaan di Ankara.
“Tidak semestinya Erdorgan tidak menentang Israel. Dia dianggap sebagai pemimpin yang paling menentang.
“Kalau di Mesir kita lihat bukan sekarang, di zaman Morsi lagi, orang yang dikatakan ada jaringan dengan Muslim Brotherhood, Morsi juga tidak pernah menutup kedutaan yang berada di Tel Aviv mahupun menutup kedutaan Israel di Kaherah," katanya merujuk kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdorgan dan bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi.
Reezal berkata, hubungan diplomatik Turki dan Mesir dengan Israel lebih teruk berbanding dengan Malaysia yang membenarkan kemasukan diplomat daripada negara itu di atas jemputan PBB.
“Lihat 'cost of benefit', yang mana lebih menguntungkan?
"Benda yang kita dapat capai daripada penganjuran WUF, jauh lebih tinggi dan lebih penting dan memberi kesan yang amat-amat baik kepada negara," katanya.
Demikianlah Artikel Diplomat Israel satu-satunya delegasi yang tidak disambut - timbalan menteri
Sekianlah artikel Diplomat Israel satu-satunya delegasi yang tidak disambut - timbalan menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Diplomat Israel satu-satunya delegasi yang tidak disambut - timbalan menteri dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/diplomat-israel-satu-satunya-delegasi.html