AMANAH Tolak Mahfuz Jadi Calon Parlimen Pokok Sena

AMANAH Tolak Mahfuz Jadi Calon Parlimen Pokok Sena - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AMANAH Tolak Mahfuz Jadi Calon Parlimen Pokok Sena, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AMANAH Tolak Mahfuz Jadi Calon Parlimen Pokok Sena
link : AMANAH Tolak Mahfuz Jadi Calon Parlimen Pokok Sena

Baca juga


AMANAH Tolak Mahfuz Jadi Calon Parlimen Pokok Sena






KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah didakwa menolak nama Datuk Mahfuz Omar yang juga penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena untuk bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber mendakwa penolakan sebulat suara itu dibuat dalam satu mesyuarat AMANAH Bahagian Pokok Sena, baru-baru ini.

Berdasarkan agihan kerusi Parlimen pakatan harapan (PH), Pokok Sena adalah kawasan yang bakal ditandingi oleh AMANAH.

Sehingga kini, Mahfuz adalah calon bebas susulan tiada kenyataan rasmi daripada beliau berhubung penyertaannya dalam mana-mana parti PH.

Menurut sumber, sekiranya Mahfuz berdegil untuk bertanding pada PRU akan datang bagi kerusi Parlimen Pokok Sena, AMANAH tetap membantah tindakan itu.

“Apa yang rakan saya dari AMANAH beritahu, dia (Mahfuz) sudah isi borang AMANAH dalam senyap.

“Mahfuz tak ikhlas. Itu yang AMANAH kata. Kalau dia ikhlas (sertai AMANAH), dia sudah umum hari itu lagi.

“Sebab itu, dalam mesyuarat AMANAH Bahagian Pokok Sena semua menolak dia. Cuma dua tiga sahaja yang sokong dia,” katanya kepada wartawan NSTP, hari ini.

Mahfuz mewakili Parlimen Pokok Sena sejak 1999 atas tiket PAS. Pada 2004, beliau pernah tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dan kembali memenangi semula kawasan itu pada PRU berikutnya.

Mahfuz menyertai PAS sejak 34 tahun lalu tetapi pada 31 Disember 2017, beliau mengumumkan keluar daripada PAS.

Bekas Naib Presiden PAS itu memberi alasan kegagalannya menjadi “penghubung” antara gabungan pembangkang dan PAS sebagai punca beliau mengambil keputusan itu – BH



Demikianlah Artikel AMANAH Tolak Mahfuz Jadi Calon Parlimen Pokok Sena

Sekianlah artikel AMANAH Tolak Mahfuz Jadi Calon Parlimen Pokok Sena kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AMANAH Tolak Mahfuz Jadi Calon Parlimen Pokok Sena dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/amanah-tolak-mahfuz-jadi-calon-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :