Zulkifli Noordin : DAP Tetap Dominan Walaupun Tun M Pengerusi PH

Zulkifli Noordin : DAP Tetap Dominan Walaupun Tun M Pengerusi PH - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zulkifli Noordin : DAP Tetap Dominan Walaupun Tun M Pengerusi PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zulkifli Noordin : DAP Tetap Dominan Walaupun Tun M Pengerusi PH
link : Zulkifli Noordin : DAP Tetap Dominan Walaupun Tun M Pengerusi PH

Baca juga


Zulkifli Noordin : DAP Tetap Dominan Walaupun Tun M Pengerusi PH

 
 


DAP tetap dominan dalam Pakatan Harapan (PH), walaupun ianya dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, tegas bekas aktivis PKR, Dato’ Zulkifli Noordin.

Beliau berkata apa-apa sahaja nama gabungan disertai DAP, sama ada Pakatan Rakyat (PR) gabungan antara tiga parti; DAP, PKR dan PAS atau PH, gabungan empat parti; DAP, PKR, Amanah dan PPBM, namun DAP merupakan ketua sebenar dalam kedua-dua gabungan tersebut.

Kata Zulkifli, dominasi DAP dibuktikan dengan kes pemecatan Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali daripada ahli PAS pada Januari 2012 apabila beliau bertelagah dengan aktivis DAP Selangor, Ronnie Liu.

“Apa dosa Hassan Ali ? Hassan Ali nak pertahankan akidah orang Islam. Nak cegah kemungkaran arak. Nak cegah murtad.

“Tapi apa jadi dengan Hassan Ali ?..Hassan Ali kena pecat.

“Ini fakta. Orang yang nak selamatkan aqidah, cegah kemungkaran, amalkan kerja makruf, Exco Agama (Selangor), dia (Hassan Ali) kena pecat. Sebab yang dominan (dalam Kerajaan Negeri Selangor) adalah DAP.

“(Hassan Ali) Dipecat daripada partinya sendiri atas tuntutan DAP, “katanya dalam Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah Ke-10, bertemakan Pemikiran Politik Dalam Membina Geopolitik Malaysia di Putrajaya, semalam.

Tambahnya kes yang sama juga berlaku kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat daripada terus menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

“Tuan-tuan jangan jadi naif, bila Tun Dr Mahathir jadi PM, hebatlah. Tapi (hakikatnya) Dr Mahathir pun tak boleh buat apa-apa bila yang dominannya adalah DAP.

“Hebat kuat macam manapun Khalid Ibrahim..PKR gabung dengan PAS (Selangor) ada 27 kerusi DUN, lawan dengan DAP 15 kerusi DUN sepatutnya gabungan PKR dan PAS yang menang (tetapi) tidak berlaku begitu. DAP juga yang menang.

“Itu dalam keadaan PKR dan PAS mempunyai kerusi majoriti lebih daripada DAP,”katanya.

Zulkifli juga turut mempersoalkan motif DAP mencalonkan Dr Mahathir sebagai PM semula sedangkan parti itu lantang mengkritik Dr Mahathir ketika menjadi PM selama 22 tahun.

“Apatah lagi Dr Mahathir mereka (DAP) pernah panggil bapa penyamun..tiba-tiba bapa penyamun ini mereka nakkan Perdana Menteri semula.

“Tuan-tuan tak rasa ada sebab kah ? tak rasa pelik ? 22 tahun dia meratib, berwirid kata Dr Mahathir penyamun, perasuah, tiba-tiba nak lantik Perdana Menteri. Mesti ada benda yang tak kena,”katanya lagi.

Zulkifli Noordin : Kenapa DAP Pilih Mahathir, Bukan Presiden PAS



Demikianlah Artikel Zulkifli Noordin : DAP Tetap Dominan Walaupun Tun M Pengerusi PH

Sekianlah artikel Zulkifli Noordin : DAP Tetap Dominan Walaupun Tun M Pengerusi PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zulkifli Noordin : DAP Tetap Dominan Walaupun Tun M Pengerusi PH dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/zulkifli-noordin-dap-tetap-dominan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :