Judul : BN, PH cuba pengaruhi pengundi luar
link : BN, PH cuba pengaruhi pengundi luar
BN, PH cuba pengaruhi pengundi luar
DETIK DAILYOleh SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dianggap mulai sedar pengundi luar yang pulang membuang undi di Kelantan punca BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
Manakala, PAN pula risau PAS terus kekal mentadbir Kelantan selepas PRU Ke-14 tidak lama lagi.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, BN dan PH berharap anak Kelantan tidak lagi mengundi PAS pada PRU14.
“Menyedari pengaruh pengundi luar menyebabkan Umno berkempen di luar supaya pengundi anak Kelantan tidak balik mengundi.
“Begitu juga PH khasnya PAN, mereka juga berkempen supaya anak Kelantan tidak pulang mengundi pada PRU 14.
“Sedangkan PAS menjelajah ke seluruh negara berkempen supaya anak rantau pulang mengundi," katanya pada sidang media di sini semalam.
Sebelum itu beliau meninjau persiapan program Bangkit Pertahan di Dewan Jubli Perak MPKB BRI yang akan berlangsung Jumaat ini.
Demikianlah Artikel BN, PH cuba pengaruhi pengundi luar
Sekianlah artikel BN, PH cuba pengaruhi pengundi luar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BN, PH cuba pengaruhi pengundi luar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/bn-ph-cuba-pengaruhi-pengundi-luar.html