Judul : Polisi Lee Kuan Yew Punca P Ramlee Kembali Ke Malaysia ?
link : Polisi Lee Kuan Yew Punca P Ramlee Kembali Ke Malaysia ?
Polisi Lee Kuan Yew Punca P Ramlee Kembali Ke Malaysia ?

Polisi Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang tidak mahu memartabatkan kesenian Melayu dikatakan punca P. Ramlee kembali semula ke Malaysia pada tahun 1964.
P Ramlee yang membina nama di Studio Jalan Ampas, Singapura terpaksa kembali semula ke Studio Merdeka di Ulu Kelang pada 1964 kerana iklim politik di Singapura tidak menyebelahinya.
“Harus diingat, P.Ramlee pulang ke Malaysia apabila Shaw Brothers yang suruh apabila pekerja Studio Jalan Ampas yang dibayar gaji amat rendah membentuk Union pekerja Melayu dan membuat banyak protes.
“Lee Kuan Yew arah Shaw Brothers ditutup utk sekat union itu. Apa tujuan Lee Kuan Yew ?, ” soal portal TV 14.
Tiga tahun selepas P Ramlee kembali ke Malaysia, pada 1967, Studio Jalan Ampas yang dikenali sebagai sebuah syarikat dan studio perfileman Melayu Singapura (Malay Film Productions Ltd) ditutup.
Studio Jalan Ampas milik Shaw Brothers hanya sempat beroperasi selama 19 tahun yang dibangunkan dua beradik, Runme dan Run Run Shaw.
Menurut seniman negara, Datuk Dr. Ahmad Nawab, studio perfileman Melayu Singapura itu diarah tutup oleh pemerintah republik itu.
Ketua Arkib Negara ketika itu, Datuk Zakiah Hanum berkata semangat patriotik P Ramlee terhadap tanah air jelas apabila menyedari pihak republik Singapura kurang berminat untuk meneruskan industri perfileman di republik itu.
“Allahyarham terus pulang ke tanahair. Jika P Ramlee tidak sayangkan tanah tumpah darahnya, mungkin P Ramlee terus menetap di republik itu bersama-sama rakan artis lain,”katanya
Demikianlah Artikel Polisi Lee Kuan Yew Punca P Ramlee Kembali Ke Malaysia ?
Sekianlah artikel Polisi Lee Kuan Yew Punca P Ramlee Kembali Ke Malaysia ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polisi Lee Kuan Yew Punca P Ramlee Kembali Ke Malaysia ? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/polisi-lee-kuan-yew-punca-p-ramlee.html