Gangguan bekalan air Selangor akan berulang - ADUN Permatang

Gangguan bekalan air Selangor akan berulang - ADUN Permatang - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gangguan bekalan air Selangor akan berulang - ADUN Permatang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gangguan bekalan air Selangor akan berulang - ADUN Permatang
link : Gangguan bekalan air Selangor akan berulang - ADUN Permatang

Baca juga


Gangguan bekalan air Selangor akan berulang - ADUN Permatang

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Insiden yang menimpa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) Bukit Badong pada 6 Mac lalu boleh berulang sekali gus menjejaskan pengguna air Lembah Klang jika Splash terus ditekan kerajaan negeri Selangor.
 
ADUN Permatang (BN), Datuk Sulaiman Razak berkata beliau diberitahu Splash tidak mendapat bayaran yang sepatutnya daripada kerajaan negeri dan perkara itu menyebabkan syarikat berkenaan tidak boleh menyelenggara tiga loji rawatan air (LRA) dengan baik.
 
Splash atau Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd mempunyai tiga buah LRA iaitu LRA Sungai Bidong Fasa 3 (SSP3), LRA Bukit Badung (SSP1) dan LRA Rasa.  
 
"Hari ini SSP3 yang bermasalah, mungkin esok SSP2 pula yang akan hadapi masalah. Apa yang jelas saya tengok kegagalan pengurusan Air Selangor terhadap Splash. SSP3 ini di bawah Splash dan untuk makluman, Splash tidak mendapat bayaran yang sepatutnya mereka dapat daripada Air Selangor. 
 
"Konsesi ini masih berjalan belum lagi ditamatkan atau diambilalih Air Selangor. Maka sepatutnya Splash patut mendapat bayaran-bayaran tertentu," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
6 Mac lalu, sistem mampatan udara SSP3 pecah sehingga menjejaskan lebih 2 juta pengguna air di Lembah Klang.
 
Pengurusan Splash menerusi kenyataan medianya hari ini memberitahu, insiden itu berlaku disebabkan  tekanan pada bahagian sambungan 'elbow joints', sehingga terpaksa menampung lebihan beban secara berterusan.
 
Splash sudah memanjangkan perkara itu ke pengetahuan kerajaan negeri Selangor sejak 2013, namun tiada maklum balas daripada kerajaan negeri.
 
Menurut kenyataan itu, Splash sentiasa dikehendaki memenuhi 110 peratus komitmen pembekalan sedangkan hanya menerima bayaran 36 peratus daripada bilnya.
 
Pun begitu Splash komited agar pembekalan air tidak terganggu, sehinggalah insiden pada 6 Mac itu berlaku. 
 
Splash juga menjalankan kerja penyelenggaraan seperti yang dijadualkan dan diaudit Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), yang terkini pada tahun lalu.
 
Mengulas perkara itu, Sulaiman mempersoalkan bagaimana Splash mahu menyelenggara tiga LRA miliknya apabila kerajaan negeri hanya membayar sekitar 30 peratus daripada harga sebelum pengambialihan syarikat konsesi berlaku?
 
"Bagaimana syarikat ini mahu menyelenggara SSP1 dan SSP3? dan juga Rasa, yang juga berada di bawah tanggungan mereka? Bagaimana mereka nak selenggara tiga LRA ini, yang merupakan pembekal 60 peratus bekalan air di Selangor?
 
"Bila tidak dapat bayaran yang sepatutnya, saya yakin syarikat ini tidak dapat membuat penyelenggaraan ke atas ketiga-tiga loji yang besar ini. Sebab itulah timbulnya isu paip pecah dan sebagainya. Sebagai contoh kereta. Jika minyak hitam tak diselenggara, penghawa dingin tidak diselenggara dan itu ini yang tak diselenggara, akhirnya ia akan menyebabkan kerosakan yang besar pada kenderaan. 
 
"Perkara yang sama juga apabila kenderaan ini tidak diselenggara," katanya.
 
Untuk rekod, kerajaan negeri beralasan terpaksa memotong pembayaran kepada Splash berikutan Air Selangor terpaksa menggunakan lebihan duit itu untuk membuat pembayaran pajakan baru kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) atas pembiayaan pembelian ekuiti syarikat air.
 
Selain itu bayaran kurang, Splash juga berdepan risiko bekalan elektriknya dipotong selepas mengalami tunggakan RM53 juta.
 
Mengulas perkara itu, Sulaiman berkata jika benar perkara itu terjadi, pengguna air Lembah Klang akan sekali lagi mengalami gangguan bekalan air.
 
"Untuk loji-loji di bawah Splash ini hampir RM53 juta bil elektrik tidak dibayar pada TNB. Kalau TNB ambil tindakan potong bekalan, lagi masalah besar pada loji ini. Bagaimana loji ini nak beroperasi? 
 
"Semua ini adalah kegagalan kerajaan negeri. Jelas dan tidak boleh dinafikan," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Gangguan bekalan air Selangor akan berulang - ADUN Permatang

Sekianlah artikel Gangguan bekalan air Selangor akan berulang - ADUN Permatang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gangguan bekalan air Selangor akan berulang - ADUN Permatang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/gangguan-bekalan-air-selangor-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :