Sistem mampatan udara loji Bukit Badong pecah kerana tampung lebihan beban

Sistem mampatan udara loji Bukit Badong pecah kerana tampung lebihan beban - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sistem mampatan udara loji Bukit Badong pecah kerana tampung lebihan beban, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sistem mampatan udara loji Bukit Badong pecah kerana tampung lebihan beban
link : Sistem mampatan udara loji Bukit Badong pecah kerana tampung lebihan beban

Baca juga


Sistem mampatan udara loji Bukit Badong pecah kerana tampung lebihan beban

ANTARAPOS


Post Pic
KUALA LUMPUR: Kejadian sistem mampatan udara pecah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) Bukit Badong pada 6 Mac lalu, berpunca daripada tekanan pada bahagian sambungan 'elbow joints', sehingga terpaksa menampung lebihan beban secara berterusan.
Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dalam satu kenyataan media hari ini, berkata dapatan berkenaan adalah hasil siasatan awal terhadap insiden tersebut.
"Sepanjang beberapa tahun lalu, Splash sudah menulis beberapa surat kepada kerajaan negeri untuk memaklumkan lojinya tidak direka untuk beroperasi melampaui kapasiti sepatutnya secara jangka panjang (sejak 2013).
"Jika berlaku, tindakan sedemikian akan mengakibatkan kerosakan intrinsik pada loji berkenaan yang akan membawa risiko berlaku kerosakan tidak dijangka," katanya.
Menurut kenyataan itu, Splash memiliki 10 pam di loji terbabit dan hanya lima daripadanya diperlu untuk menghasilkan air terawat bagi kapasiti berlebihan beban berkenaan.
"Justeru, hakikat bahawa empat pam lain sedang dibaiki ketika insiden berlaku adalah tidak penting dan langsung tiada kaitan dengan kejadian itu atau operasi loji berkenaan," katanya.
Menurut kenyataan itu, kejadian sistem mampatan udara pecah itu berlaku ketika operasi loji terbabit hampir pulih semula berikutan kejayaan menyelesaikan kerja membaiki kerosakan dalam tempoh lebih awal daripada dijadualkan.
Katanya, insiden itu mengakibatkan kerosakan struktur teruk pada sistem berkenaan dan 50 pekerja dikerah serta-merta melaksanakan kerja pembaikan itu secara berterusan di loji terbabit.
Menurut kenyataan itu lagi, Splash turut berdepan risiko berlakunya gangguan elektrik pada lojinya.
Katanya, operator Splash O&M, iaitu Sg Harmoni Sdn Bhd (SSP1) dan Gamuda Water Sdn Bhd (SSP3) sudah menerima writ saman daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) ekoran kegagalan membayar bil elektrik masing-masing berjumlah RM36 juta dan RM39 juta.
Berikutan kegagalan membayar bil terbabit, TNB juga mengancam untuk memotong bekalan elektrik di loji Splash.
Splash terima bayaran tak setimpal
Selepas Air Selangor mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (Puncak Niaga) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd pada 2016, katanya, SYABAS di bawah pentadbiran baru terus mengurangkan bayaran kepada Splash iaitu hanya kira-kira 36 peratus daripada bil.
"Pada peringkat itu, tidak mungkin bagi operator Splash O&M membayar bil TNB, kimia dan kos operasi lain. Sebelum Air Selangor mengambil alih SYABAS, operator Splash berjaya menyelesaikan bil TNB.
"Ketika beberapa dialog diatur Kementerian Air, Tenaga dan Teknologi Hijau untuk Splash dengan SYABAS, Air Selangor menjelaskan bayaran kepada Splash perlu dikurangkan kerana perlu membuat pembayaran pajakan baru kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) atas pembiayaan pembelian ekuiti syarikat air.
"Kami berpendapat jika SYABAS/Air Selangor sebagai sebuah kumpulan mengalami kekurangan wang tunai, mereka patut mendapatkan suntikan tunai daripada kerajaan negeri dan bukan menghukum Splash.
"SYABAS harus mengutamakan bayaran kepada pemiutangnya dan hanya selepas itu, mendahulukan sebarang lebihan wang kepada Air Selangor untuk sewa pajak dan bayaran lain," katanya.
Menurut kenyataan itu, Splash sentiasa dikehendaki memenuhi 110 peratus komitmen pembekalan sedangkan hanya menerima bayaran 36 peratus daripada bilnya.
Walaupun menanggung kekurangan bayaran yang kronik itu, katanya, Splash komited memastikan pembekalan air tidak terganggu.
"Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Hannah Yeoh dan Santiago (Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago) mesti tidak dimaklumkan mengenai tanggungjawab itu apabila berceramah serta menuding jari.
"Splash sentiasa menghasilkan air pada tahap kualiti dan kuantiti dikehendaki untuk SYABAS mengikut permintaan serta tidak pernah memungkiri kewajipannya sebagai operator di bawah Perjanjian Konsesi dengan kerajaan negeri," katanya.
Sementara itu, Splash menegaskan pihaknya sentiasa menjalankan kerja penyelenggaraan dijadualkan dan diaudit SPAN, yang terkini pada tahun lalu.
Katanya, Splash komited mengekalkan standard kualiti tertinggi dan bersiap siaga menghadapi sebarang kontingensi.
"Splash diperakui dengan standard antarabangsa Kualiti, Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan (QESH) serta lulus pensijilan tahunannya dengan laporan sifar ketidakpatuhan (NCRs) sepanjang tujuh tahun lalu," katanya.


Demikianlah Artikel Sistem mampatan udara loji Bukit Badong pecah kerana tampung lebihan beban

Sekianlah artikel Sistem mampatan udara loji Bukit Badong pecah kerana tampung lebihan beban kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sistem mampatan udara loji Bukit Badong pecah kerana tampung lebihan beban dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/sistem-mampatan-udara-loji-bukit-badong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :