Judul : Orang tua ini ajak berdebat, kata Dr Mahathir kepada Najib
link : Orang tua ini ajak berdebat, kata Dr Mahathir kepada Najib
Orang tua ini ajak berdebat, kata Dr Mahathir kepada Najib
DR Mahathir Mohamad mengajak Najib Razak berdebat dan berkata perdana menteri itu "tidak perlu takut" kerana pelawaan debat itu dibuat oleh seorang yang sudah tua.
"(Yang Amat Berhormat) masih muda. Apa yang nak takut berhujah dengan orang umur sembilan puluhan tahun ," katanya dalam tulisan terbaru di blognya, hari ini.
"Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun Julai ini. Ya, 93 tahun adalah tua. Najib tak perlu takut saya."
Calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) itu berkata kalau Najib tiada apa yang hendak disembunyikan daripada rakyat, beliau harus menyatakannya secara terbuka semasa debat itu nanti.
"Dan orang tua ini akan cuba buktikan bermacam-macam yang disembunyi oleh YAB. Rakyat akan dengar dan akan buat keputusan mereka samada yang muda atau yang tua yang sembunyi fakta," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau sedar dirinya sudah tua tetapi sebelum meninggal dunia beliau akan tetap berjuang menyelamatkan negara ini daripada rosak dan menyerahkan usahanya itu kepada ketentuan Allah.
"Ya, saya sedar saya akan pergi tak lama lagi. Tetapi selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini. Bersama dengan patriot negara saya akan usaha untuk selamatkan negara ini dari seorang kleptokrat perosak negara," katanya.
Dr Mahathir juga berkata beliau tidak kisah kalau Najib mahu datang bersama pegawai-pegawai tinggi dan menteri-menteri "yang muda-muda belaka" atau pakar-pakar dari luar negara termasuk Cambridge Analytica "untuk bisik jawaban-jawaban apabila tidak dapat menjawab".
Sebaliknya, kata Dr Mahathir beliau hanya akan hadir pada debat itu seorang diri, dan bersedia juga menjawab apa saja pertanyaan tentang rekodnya selama 22 tahun jadi perdana menteri.
Namun pengerusi Pakatan Harapan itu berkata Najib takut hendak dengan berdebat dengannya kerana majlis sama yang dianjurkan dua kali sebelum ini pun perdana menteri itu tidak datang.
Dr Mahathir merujuk kepada forum “Nothing To Hide” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jun 2005 yang dihentikan oleh polis ketika beliau sedang berucap selepas Najib tidak datang. Program itu dianjurkan oleh sebuah badan peguam.
Pada Ogos 2016, forum “Nothing to Hide 2.0”, yang juga tidak disertai oleh Najib, terhenti selepas diganggu oleh sekumpulan anak muda yang membaling suar dan melemparkan kasut ke arah Dr Mahathir.
Polis kemudian menahan beberapa remaja yang dilaporkan mengaku diupah untuk membuat kacau dalam majlis itu.
Demikianlah Artikel Orang tua ini ajak berdebat, kata Dr Mahathir kepada Najib
Sekianlah artikel Orang tua ini ajak berdebat, kata Dr Mahathir kepada Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Orang tua ini ajak berdebat, kata Dr Mahathir kepada Najib dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/orang-tua-ini-ajak-berdebat-kata-dr.html