Judul : Pegawai khas PM calon MB Selangor dari BN?
link : Pegawai khas PM calon MB Selangor dari BN?
Pegawai khas PM calon MB Selangor dari BN?
Siapa calon menteri besar Selangor dari BN masih lagi menjadi tanda-tanya sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi.
Terbaru, nama yang disebut bakal dicalonkan sebagai menteri besar daripada BN ialah Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham Jalil.
Nama Isham yang merupakan graduan Universiti Harvard itu antara nama yang mungkin bertanding di DUN Paya Jaras yang sebelum ini dimenangi PAS.
Malaysiakini sudah menghubungi Isham untuk bertanyakan tentang pekara ini namun masih belum mendapat sebarang maklum balas.
Dalam pilihan raya umum ke-13, PAS buat pertama kalinya berjaya merampas DUN yang sebelum ini disandang BN.
Ketika itu, PAS mencalonkan Mohd Khairuddin Othman dan mendapat 21,808 undi mengalahkan penyandang DUN berkenaan Datuk Muhammad Bushro Mat Johor yang hanya memperolehi 16,286 undi.
Dengan majoriti sebanyak 5,522 undi, PAS yang ketika itu bersama Pakatan Rakyat merampas DUN berkenaan yang selama ini dipegang BN sejak 1986.
Pada PRU13, DUN Paya Jaras yang terletak di bawah Parlimen Subang merupakan kawasan majoriti Melayu dengan mempunyai pengundi sebanyak 43,617 - dengan 57 peratus Melayu, Cina 30 peratus dan India 11 peratus serta lain-lain bangsa dua peratus.
Sekiranya persempadanan semula pilihan raya diluluskan di Dewan Rakyat Rabu depan, akan wujud dua kawasan Parlimen baru daripada kawasan sedia ada iaitu Subang dan Petaling Jaya Utara kepada P106 Damansara dan P107 Sungai Buloh.
Dengan dua Parlimen baru itu, ia akan mewujudkan perbezaan pengundi yang besar antara dua kawasan parlimen yang dicadangkan itu.
Bagaimanapun, terdapat sedikit ‘konflik’ ketika ini apabila Ketua Umno bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail dikatakan mahu bertanding di DUN Paya Jaras sekiranya tiada persempadanan semula.
Zein yang juga ketua penerangan Umno Selangor akan menyerahkan kerusi berkenaan kepada Isham jika persempadanan dilakukan kerana beliau berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Subang atau nama barunya Sungai Buloh.
Perkara ini bagaimanapun tidak menjadi isu kerana persempadanan semula pilihan raya akan dibentangkan pada minggu depan dan ia hanya memerlukan majoriti mudah di Dewan Rakyat.
Sementara itu, sumber yang rapat dengan Umno Selangor memberitahu, personaliti serta latar belakang pendidikan Isham juga menjadi antara perkara utama beliau dilihat ‘cocok’ untuk dicalonkan sebagai menteri besar kerana BN perlu menawarkan susuk tubuh yang mampu menyaingi Datuk Seri Azmin Ali.
Menurut sumber itu lagi, ketika ini, Umno serta BN Selangor tidak mempunyai calon yang sesuai untuk bersaing dengan Azmin.
“Dekat Selangor ini siapa sahaja yang ada untuk dicalonkan jadi menteri besar. Kita perlu menteri besar yang boleh bersaing dengan Azmin.
“Selangor ini, kalau Umno orang tahu (Tan Sri) Noh (Omar) dan (Datuk Seri) Jamal (Yunos). Itu sahaja yang terkenal.
“Noh orang Selangor tak suka, Jamal pun sama. Jadi siapa lagi yang ada. Isham ini kalau kita tengok dia, dia boleh bersaing dengan Azmin, dia ada latar belakang pendidikan yang bagus dan dia juga bersih,” kata sumber itu lagi.
Dalam pelan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kawasan Petaling Jaya Utara yang dinamakan semula sebagai Damansara akan memiliki kira-kira 150,000 pengundi manakala Subang yang ditukar kepada Sungai Buloh akan memiliki kira-kira 70,000 pengundi.
Jumlah pengundi di Subang (Sungai Buloh) berkurangan selepas DUN Bukit Lanjan yang kini di bawah Subang akan dipindahkan ke Parlimen Damansara manakala manakala Kota Damansara serta Paya Jaras akan diletakkan di Parlimen Sungai Buloh.
Dengan mengasingkan DUN Bukit Lanjan, ia menunjukkan ‘longgokan’ pengundi Melayu di Parlimen Sungai Buloh dan sekaligus memberi peluang cerah kepada BN untuk menawan kerusi Parlimen dan DUN.
Sehubungan itu, graduan universiti terkemuka dunia dalam bidang ekonomi, politik dan undang-undang itu akan menempuh laluan mudah untuk menang di DUN Paya Jaras sekiranya persempadanan semula diluluskan.
Demikianlah Artikel Pegawai khas PM calon MB Selangor dari BN?
Sekianlah artikel Pegawai khas PM calon MB Selangor dari BN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pegawai khas PM calon MB Selangor dari BN? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/pegawai-khas-pm-calon-mb-selangor-dari.html