Judul : Perdagang amah, suami isteri didakwa
link : Perdagang amah, suami isteri didakwa
Perdagang amah, suami isteri didakwa
Pasangan itu didakwa bersama-sama memperdagangkan mangsa berusia 26 tahun itu bagi maksud eksploitasi kerja paksa dengan cara kekerasan.
Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri didakwa hari ini atas pertuduhan memperdagangkan pembantu rumah mereka untuk kerja paksa dengan menggunakan kekerasan.
Fong Yik Cheat @ Fong Siang Chin, 46, dan suaminya Cheng Ming Soon, 45, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Pasangan itu didakwa bersama-sama memperdagangkan mangsa berusia 26 tahun itu bagi maksud eksploitasi kerja paksa dengan cara kekerasan di rumah di Desa Park City, Kepong, Sentul, pada 1.20 tengah hari, antara 17 September 2013 dan 21 Februari lepas.
Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan kepada pasangan itu iaitu pasport perlu diserah kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis.
Peguam Datuk B Jayanthi Devi yang mewakili pasangan itu memohon mahkamah membenarkan jaminan dan mencadangkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh.
Azura membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri di balai polis berhampiran kediaman setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Jawa Timur dikurung di rumah majikannya dan perkara itu diketahui jiran yang kemudian membuat laporan polis.
Demikianlah Artikel Perdagang amah, suami isteri didakwa
Sekianlah artikel Perdagang amah, suami isteri didakwa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perdagang amah, suami isteri didakwa dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/perdagang-amah-suami-isteri-didakwa.html