Judul : ‘Maklumat 1MDB tak diiktiraf kerajaan ialah maklumat palsu’
link : ‘Maklumat 1MDB tak diiktiraf kerajaan ialah maklumat palsu’
‘Maklumat 1MDB tak diiktiraf kerajaan ialah maklumat palsu’
Timbalan menteri komunikasi dan multimedia berkata, isu yang sepatutnya diberikan perhatian sekarang ialah isu rasuah membabitkan Lim Guan Eng.
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata sebarang maklumat berkaitan 1MDB yang datang dari sumber tidak diiktiraf kerajaan ialah maklumat palsu.
Katanya, definisi berita palsu adalah maklumat tidak disahkan pihak berkuasa.
“Berkenaan isu 1MDB, kes ini sudah disiasat pihak berkuasa seperti PDRM dan Jabatan Peguam Negara. Laporan ini juga sudah dibentangkan kepada PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara).
“Prosiding dilakukan secara telus dan hansardnya boleh dilayari di laman web Parlimen, laporan PAC juga dikeluarkan dan boleh dibaca di laman web sama.
“Pihak kerajaan berpandangan selain maklumat disahkan pihak berkuasa yang disebutkan tadi, apa-apa maklumat selain daripadanya akan diiktiraf sebagai maklumat palsu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Jailani menjawab pertanyaan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani), mengapa kementeriannya tidak memainkan peranan dalam menjelaskan isu 1MDB kepada rakyat.
“Dalam kes 1MDB, menteri tidak boleh katakan ia selesai kerana saya tidak boleh bertanya di Parlimen kerana ia diklasifikasikan sebagai isu rahsia.
“Kalau ia rahsia, beritahu rakyat isu 1MDB diklasifikasikan sebagai rahsia. Ini tidak, kementerian kata lain, peguam negara kata lain, perdana menteri pula kata lain,” kata Johari.
Jailani bagaimanapun berkata, jika pembangkang tidak mempercayai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguam negara, mereka seharusnya percaya kenyatan Naib Pengerusi PAC dan DAP, Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) berhubung isu 1MDB.
“Kepong sudah maklumkan bahawa Pekan (Datuk Seri Najib Razak) tidak terlibat secara langsung, yang terlibat adalah lembaga pengurusan. Kita perlukan lebih ramai seperti Kepong (Tan) untuk kekang perkara ini.
“Saya harap kita berlapang dada kerana Kepong juga sudah cakap seperti itu, isu ini tidak perlu lagi dipolemikkan,” katanya merujuk kenyataan Tan pada 2016 yang Najib tidak terbabit secara langsung dalam kelemahan pengurusan 1MDB berdasarkan siasatan PAC.
Jailani berkata, isu yang sepatutnya diberikan perhatian sekarang ialah isu rasuah membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP-Bagan).
“Biasalah nak dekat PRU (pilihan raya umum) ini biasalah, seharusnya isu yang kita harus lihat adalah isu berkaitan Bagan (Lim) yang terpalit pada rasuah dan sekarang ini beliau masih tidak berhenti,” katanya.
Demikianlah Artikel ‘Maklumat 1MDB tak diiktiraf kerajaan ialah maklumat palsu’
Sekianlah artikel ‘Maklumat 1MDB tak diiktiraf kerajaan ialah maklumat palsu’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Maklumat 1MDB tak diiktiraf kerajaan ialah maklumat palsu’ dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/maklumat-1mdb-tak-diiktiraf-kerajaan.html