Judul : Terbit jurnal tak berkualiti demi naik pangkat, kata pensyarah kanan
link : Terbit jurnal tak berkualiti demi naik pangkat, kata pensyarah kanan
Terbit jurnal tak berkualiti demi naik pangkat, kata pensyarah kanan
Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, ramai pensyarah mengambil jalan mudah untuk naik pangkat.
PETALING JAYA: Seorang pensyarah kanan Malaysia berkata, kertas penyelidikan berkualiti rendah dihasilkan universiti tempatan disebabkan pensyarah cuba mengambil jalan mudah untuk kenaikan pangkat, walaupun dikritik selepas diterbitkan jurnal akademik diragui.
Pensyarah sains politik di Universiti Sains Malaysia, Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata ia mungkin juga punca di sebalik kertas penyelidikan kurang berkualiti yang dihasilkan beberapa pensyarah kanan yang mengajar di sebuah universiti di Perak.
Beliau berkata, selain Malaysia, masalah sama turut berlaku di negara membangun lain.
Katanya, ada ramai penerbit menyamar sebagai badan akademik yang sanggup menerbitkan penulisan pensyarah untuk mendapatkan bayaran.
“Kebanyakan mereka (beroperasi) atas talian dan mereka meminta wang daripada anda. Kertas ini tidak disemak semula,” Fauzi memberitahu FMT.
Katanya, ramai pensyarah beralih kepada penerbit sedemikian kerana kertas penyelidikan mereka tiada peluang diterbitkan dalam jurnal bereputasi.
“Sesetengah orang mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan wang dengan memperdayakan ahli akademik, terutama pensyarah muda yang perlu menerbitkan kertas penyelidikan mereka untuk kenaikan pangkat.
“Bagi ahli akademik ini untuk (penulisan mereka) diterbitkan dengan penerbit bereputasi tertentu mungkin terlalu sukar kerana bahasa Inggeris mereka tidak cukup bagus. Cara mudah bagi mereka ialah menerbitkannya dengan penyamar seperti itu,” katanya.
Fauzi mengulas laporan FMT Isnin lalu mengenai kertas penyelidikan yang mengkritik Datuk Dr Ahmad Farouk Musa dan Islamic Renaissance Front (IRF) pimpinannya.
Kertas penyelidikan bertajuk “Political Islam in Islamism and Post Islamism: A Study on Islamic Renaissance Front (IRF)”, diterbitkan laman web kurang dikenali “International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences”.
Tetapi, apa yang mengejutkan ialah esei 19 halaman oleh 3 pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mengandungi banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan.
Semakan ringkas mendapati penerbit “jurnal”, Human Resource Management Academic Research Society (HRMars), antara senarai “penerbit akademik diragui” yang disusun pustakawan berpangkalan di Amerika Syarikat, Jeffrey Beall.
Tetapi, salah seorang penulis esei, Muhammad Atiullah Othman mempertahankan kertas penyelidikan itu dengan berkata, ia disemak pusat penyelidikan UPSI, tetapi FMT gagal menghubungi pentadbiran universiti tersebut.
“Fakta pun semua ada ‘kat’ tangan. Tiada rujukan yang ‘fake’,” tulisnya.
Fauzi, yang juga felo kanan di Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS)-Institut Yusof Ishak di Singapura, berkata reputasi jurnal itu diragui.
“Kalau saya jadi pengulas kertas itu, saya akan menolak artikel itu.
“Anda tidak perlu baca isi kandungannya. Hanya baca ayat pertama di abstrak, anda tahu ia tidak melalui proses semak semula.”
Beliau menasihatkan pensyarah tidak menerbitkan artikel mereka dengan pihak tidak disokong universiti berkredibiliti kerana mereka mempunyai tanggungjawab lebih besar jika mendapat geran kerajaan yang dibiayai orang ramai.
“Saya tidak pasti jika pensyarah ini menggunakan dana awam, tetapi jika ada, mereka sebenarnya mensia-siakan dana awam.
“Sekiranya mereka menggunakan geran, yang merupakan dana awam disalurkan kepada universiti, mereka perlu menerbitkan kertas penyelidikan dalam penerbitan diiktiraf dalam bidang akademik,” katanya.
Pensyarah pertahan kajian mengenai IRF
Ketua IRF bidas bahasa Inggeris lemah pensyarah kanan
Demikianlah Artikel Terbit jurnal tak berkualiti demi naik pangkat, kata pensyarah kanan
Sekianlah artikel Terbit jurnal tak berkualiti demi naik pangkat, kata pensyarah kanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Terbit jurnal tak berkualiti demi naik pangkat, kata pensyarah kanan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/terbit-jurnal-tak-berkualiti-demi-naik.html