Judul : PPBM tak dapat penuhi tarikh akhir arahan JPPM
link : PPBM tak dapat penuhi tarikh akhir arahan JPPM
PPBM tak dapat penuhi tarikh akhir arahan JPPM
Laporan minit mesyuarat bahagian tidak dapat dikemukakan kerana penubuhan bahagian baru diluluskan JPPM Julai tahun lepas.
MUAR: PPBM tidak akan dapat mengemukakan laporan minit mesyuarat bahagian dan cawangan menjelang berakhir tempoh 30 hari diberikan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM), kata Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata laporan minit mesyuarat bahagian tidak dapat dikemukakan kerana penubuhan bahagian baru diluluskan JPPM Julai tahun lepas dan tiada pertubuhan membuat mesyuarat agung dalam tempoh kurang setahun penubuhannya.
Bagi laporan minit mesyuarat cawangan pula, pada masa ini parti itu masih dalam proses menubuhkan cawangan serta mendapatkan kelulusan penubuhan daripada JPPM, justeru tiada mesyuarat cawangan dapat dibuat.
“Yang lain tidak ada masalah jadi biar kita selesaikan dulu dan lepas itu kita tengok keputusan mereka buat,” katanya pada sidang akhbar di Pagoh hari ini.
JPPM mengeluarkan notis kepada PPBM berkuat kuasa 28 Februari lepas yang antara lain memerlukan parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen berkaitan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti dalam tempoh 30 hari, atau berdepan risiko dibubarkan.
Ditanya tentang perancangan PPBM sekiranya parti itu dibubarkan, Muhyiddin berkata buat masa ini beliau tidak mahu menjawab persoalan itu kerana apa yang penting adalah menyempurnakan 9 keperluan diminta JPPM termasuk maklumat anggota, minit mesyuarat dan penyata kewangan.
Demikianlah Artikel PPBM tak dapat penuhi tarikh akhir arahan JPPM
Sekianlah artikel PPBM tak dapat penuhi tarikh akhir arahan JPPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM tak dapat penuhi tarikh akhir arahan JPPM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/ppbm-tak-dapat-penuhi-tarikh-akhir.html