Judul : DAP tak pandang ringan keyakinan BN rampas P Pinang
link : DAP tak pandang ringan keyakinan BN rampas P Pinang
DAP tak pandang ringan keyakinan BN rampas P Pinang
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata BN membuat banyak persiapan untuk menang di Pulau Pinang pada PRU14.
GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memandang rendah keyakinan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Barisan Nasional (BN) akan merampas semula kuasa di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pihaknya akan membuat persiapan dan bekerja dengan lebih keras untuk memastikan Pulau Pinang terus berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.
“Tentu kami kena lawan lebih serius, jangan pandang ringan. Di sini kami lihat BN begitu yakin dan membuat banyak persiapan untuk menang (di Pulau Pinang),” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Semalam, Zahid ketika berucap merasmikan program turun padang timbalan perdana menteri di Kepala Batas berkata BN yakin angin perubahan akan berlaku di Pulau Pinang pada PRU14 akan datang.
Timbalan Pengerusi BN itu berkata ini berikutan beberapa kelemahan dan kepincangan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang mula memberi tamparan kepada rakyat negeri itu.
Daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, DAP menguasai 19 kerusi, PKR (10 kerusi), BN (10 kerusi) manakala 1 kerusi diwakili PAS.
Sementara itu, Lim mengulangi negeri itu amat memerlukan terowong dasar laut sebagai laluan ke-3 yang menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam, di Butterworth berikutan masalah kesesakan trafik terutamanya di Jambatan Pulau Pinang.
Beliau berkata semalam pengguna Jambatan Pulau Pinang sekali lagi berdepan kesesakan lalu lintas selama kira-kira 2 jam berikutan kemalangan di jambatan menghala ke bahagian pulau.
Projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini.
Demikianlah Artikel DAP tak pandang ringan keyakinan BN rampas P Pinang
Sekianlah artikel DAP tak pandang ringan keyakinan BN rampas P Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP tak pandang ringan keyakinan BN rampas P Pinang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/dap-tak-pandang-ringan-keyakinan-bn.html