SPAN tubuh jawatankuasa khas siasat insiden paip pecah di Kuala Selangor

SPAN tubuh jawatankuasa khas siasat insiden paip pecah di Kuala Selangor - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPAN tubuh jawatankuasa khas siasat insiden paip pecah di Kuala Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPAN tubuh jawatankuasa khas siasat insiden paip pecah di Kuala Selangor
link : SPAN tubuh jawatankuasa khas siasat insiden paip pecah di Kuala Selangor

Baca juga


SPAN tubuh jawatankuasa khas siasat insiden paip pecah di Kuala Selangor

 
 
Liang Teck Meng berkata, SPAN memberi tempoh sehingga 23 Mac ini kepada Splash untuk mengemukakan laporan siasatan berhubung kejadian paip pecah di LRA SSP3 Kuala Selangor. 
 
 
 
Liang Teck Meng (dua dari kiri) menunjukkan surat yang dikeluarkan SPAN kepada Splash untuk mengemukakan laporan siasatan ke atas kejadian paip pecah di Bestari Jaya, Kuala Selangor.


CYBERJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan khas bagi menyiasat kejadian paip pecah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), Bestari Jaya, Kuala Selangor pada petang 6 Mac lalu.

Pengerusinya, Datuk Liang Teck Meng berkata SPAN turut memberi tempoh sehingga 23 Mac ini kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) untuk mengemukakan laporan siasatan mereka ke atas kejadian paip pecah itu.

“Saya ingin maklumkan mesyuarat SPAN pagi ini memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas siasatan kejadian paip pecah di SSP3 secara dalaman.

“SPAN sudah tulis surat pada Splash, dan menunggu pihak Splash mengemukakan laporan siasatan mereka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPAN hari ini.

Banyak kawasan di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan air sejak 6 Mac lalu yang berlarutan sehingga hujung minggu lalu kerana Sistem Mampatan Udara di LRA SSP3 pecah dan menyebabkan 5 batang paip bersaiz 1,100mm rosak dengan 2 daripadanya terpelanting keluar daripada strukturnya serta mencederakan beberapa pekerja.

Antara kawasan terjejas adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Sementara itu, Liang menggesa semua pihak berhenti menuding jari kepada pihak lain supaya masalah air di Selangor dapat diselesaikan segera.

“Jangan politikkan perkara ini dan semua pihak henti politikkan isu ini.”

Pada 9 Mac lalu, Datuk Seri Azmin Ali berkata, kerajaan Selangor tidak patut dipersalahkan atas krisis air selama 4 hari di sekitar Lembah Klang kerana pihaknya sedang mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah itu.

Menteri besar Selangor itu berkata, krisis air itu berpunca daripada insiden paip pecah semasa proses penyelenggaraan dijalankan di bawah seliaan Splash yang masih berada di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Beliau turut menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kerajaan Selangor tidak pandai menguruskan masalah air.

Pada 7 Mac lalu, Najib berkata, masalah bekalan air dan kos harga rumah tinggi antara 5 kelemahan besar gagal ditangani kerajaan pembangkang di Selangor.

“…air gagal diurus kerajaan negeri, tengok saja pembangkang di Kelantan, kita (kerajaan pusat dan kerajaan negeri) boleh uruskan air, tetapi di sini (Selangor) mereka utamakan politik, bukan hal rakyat.

“Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) memaklumkan 6 daerah kritikal, cemas, ibarat telur di hujung tanduk, sebab bekalan air lemah, kualiti semakin teruk, tekanan rendah, bil kelam-kabut dan khidmat servis tidak baik…inilah kisah pentadbiran air di Selangor.”



Demikianlah Artikel SPAN tubuh jawatankuasa khas siasat insiden paip pecah di Kuala Selangor

Sekianlah artikel SPAN tubuh jawatankuasa khas siasat insiden paip pecah di Kuala Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPAN tubuh jawatankuasa khas siasat insiden paip pecah di Kuala Selangor dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/span-tubuh-jawatankuasa-khas-siasat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :