Judul : Rumah mampu milik: 83,759 unit dah siap
link : Rumah mampu milik: 83,759 unit dah siap
Rumah mampu milik: 83,759 unit dah siap
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari berkata, Program Perumahan Rakyat (PPR) antara kejayaan terbesar kerajaan, apabila sehingga kini telah berjaya menyiapkan 83,759 unit rumah melalui 120 projek PPR untuk golongan yang memerlukan.
Sehubungan itu menurut Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan sentiasa menunaikan janji untuk menyediakan keperluan untuk rakyat.
Berbanding dengan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor dan Pulau Pinang, mereka gagal untuk menyediakan rumah mampu milik di bawah kerajaan negeri.
“Sebanyak RM80,000 sehingga RM120,000 subsidi telah disalurkan kerajaan untuk setiap unit PPR.
“Di Selangor, sembilan projek Selangorku dibatalkan. Manakala di Pulau Pinang walaupun selepas sembilan tahun, kerajaan negeri masih gagal menyerahkan kunci rumah mampu milik kepada rakyat,” katanya menerusi blog NajibRazak.com hari ini.
Dalam pada itu, Najib mengingatkan rakyat agar memohon untuk mendapatkan rumah mampu milik.
Ini kerana katanya, terdapat banyak projek PPR yang permohonannya bakal dibuka seperi PPR Kepong, PPR Mukim Naga di Kubang Pasu, PPR Kota Bharu di Kelantan, PPR Kampung Tok Suboh di Pulau Pinang.
Sementara PPR Machang di Kelantan sudah dibuka untuk permohonan.
Ujar beliau, semua projek unit perumahan ini walaupun dijual dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, namun kualitinya menyamai rumah yang dibina oleh pemaju swasta.
Demikianlah Artikel Rumah mampu milik: 83,759 unit dah siap
Sekianlah artikel Rumah mampu milik: 83,759 unit dah siap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rumah mampu milik: 83,759 unit dah siap dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/rumah-mampu-milik-83759-unit-dah-siap.html