Judul : Timbalan ketua polis negara bakal bersara, yakin sudah lakukan terbaik
link : Timbalan ketua polis negara bakal bersara, yakin sudah lakukan terbaik
Timbalan ketua polis negara bakal bersara, yakin sudah lakukan terbaik
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yakin sudah memberikan perkhidmatan terbaik hampir 34 tahun bersama pasukan beruniform itu sebelum bersara wajib 2 minggu lagi.
“Secara rasminya, saya masih mempunyai 2 minggu lagi untuk berkhidmat, saya sudah selesaikan misi saya, saya sudah berikan terbaik,” katanya selepas ditanya berhubung persaraannya.
Beliau ditemui selepas majlis penutupan bengkel “Train The Trainer: Bioincident Response Investigation Training and Evaluation (BRITE III)” di Pusat Latihan Polis hari ini.
Turut hadir Duta Amerika Syarikat di Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride), Dr Mohmad Asri Abd Ghani dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau akan menyambung perkhidmatannya, Rashid enggan mengulas lanjut.
Dalam pada itu, menyentuh latihan Insiden Bio melibatkan bahan kimia, Rashid berkata, ia akan diperluaskan ke peringkat kontinjen negeri supaya anggota polis mempunyai pengetahuan mengawal situasi di lokasi kejadian sebelum pakar tiba.
“Anggota perlu tahu macam mana hendak kawal situasi, insiden boleh berlaku di mana-mana…bila insiden berlaku, kita boleh sentiasa bersedia,” katanya.
Sementara itu, Kamala Shirin dalam ucaptamanya, berkata usaha sama itu membuktikan komitmen kedua-dua kerajaan untuk meningkatkan lagi kerjasama.
“Kami menjalin kerjasama dalam banyak bidang dan saya berharap meneruskan kerjasama dalam bidang ini. Bengkel ini dan kerja yang kita jalankan bersama bukan sahaja penting bagi Malaysia dan Amerika Syarikat, tetapi juga dunia globalisasi,” katanya.
Bengkel 5 hari itu dianjurkan Stride turut mendapat kerjasama pakar bidang berkaitan daripada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI)
Demikianlah Artikel Timbalan ketua polis negara bakal bersara, yakin sudah lakukan terbaik
Sekianlah artikel Timbalan ketua polis negara bakal bersara, yakin sudah lakukan terbaik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Timbalan ketua polis negara bakal bersara, yakin sudah lakukan terbaik dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/timbalan-ketua-polis-negara-bakal.html