Rundingan agih kerusi DUN Selangor masih di peringkat negeri

Rundingan agih kerusi DUN Selangor masih di peringkat negeri - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rundingan agih kerusi DUN Selangor masih di peringkat negeri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rundingan agih kerusi DUN Selangor masih di peringkat negeri
link : Rundingan agih kerusi DUN Selangor masih di peringkat negeri

Baca juga


Rundingan agih kerusi DUN Selangor masih di peringkat negeri

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) Pusat mengesahkan rundingan agihan kerusi DUN di Selangor masih lagi di peringkat negeri pada ketika ini.
 
Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan hingga kini, tiada sebarang tuntutan atau permintaan daripada PH Selangor untuk PH Pusat mengambil alih rundingan itu.
 
"Masih di peringkat Selangor. Setakat ini tiada permintaan daripada Selangor untuk dibincangkan di peringkat pusat," katanya ringkas ketika dihubungi Antarapos.
 
Semalam, Pengerusi Amanah Selangor Ir. Izham Hashim memberitahu Antarapos proses agihan kerusi DUN di negeri itu sudah diambil alih PH Pusat pada Isnin lalu (26 Feb).
 
Malah, Izham juga berkata PH Pusat akan memuktamadkan agihan kerusi di Selangor pada minggu hadapan memandangkan gagasan itu sedang berbincang soal yang sama melibatkan negeri Terengganu dan Pahang.
 
Bagaimanapun, kenyataan Izham itu disangkal Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jeyakumar dan menegaskan bahawa proses agih kerusi DUN mereka masih di dalam peringkat negeri.
 
Malah, Xavier turut merasa hairan dengan kenyataan Izham tersebut memandangkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri memberikan arahan kepada PH Selangor agar meneruskan rundingan berkenaan.  
 
Sementara itu, Saifuddin percaya isu agihan kerusi di Selangor mampu diselesaikan dengan baik di peringkat negeri, tanpa dibawa ke PH Pusat.
 
"Selangor dan Pulau Pinang ini negeri kita (pimpinan PH), saya rasa mereka boleh selesaikan sendiri, mereka mampu (selesaikan)," ujarnya.
 
PH Selangor sebelum ini diberi tempoh sehingga Isnin (26 Februari) lepas untuk menyelesaikan pertindihan tuntutan kerusi sesama empat parti komponen di negeri itu sebelum diambill alih PH Pusat.
 
Namun PH Selangor gagal memuktamadkan rundingan itu pada tarikh yang ditetapkan.
 
Selangor mempunyai 56 kerusi DUN, di mana PKR mempunyai 13 kerusi, DAP 14 kerusi dan Amanah 2 kerusi. 
 
PAS mempunyai 13 kerusi dan Umno 12 kerusi. 




Demikianlah Artikel Rundingan agih kerusi DUN Selangor masih di peringkat negeri

Sekianlah artikel Rundingan agih kerusi DUN Selangor masih di peringkat negeri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rundingan agih kerusi DUN Selangor masih di peringkat negeri dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/03/rundingan-agih-kerusi-dun-selangor.html

Subscribe to receive free email updates: