Bubar PPBM tindakan pengecut

Bubar PPBM tindakan pengecut - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bubar PPBM tindakan pengecut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bubar PPBM tindakan pengecut
link : Bubar PPBM tindakan pengecut

Baca juga


Bubar PPBM tindakan pengecut


Oleh


Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengumumkan pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tanpa sebarang notis rasmi disifatkan satu perbuatan salah guna kuasa.

Menurut Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, ROS sepatutnya bersifat neutral dan bukan cuba mensabotaj proses demokrasi dan PRU 14 dengan mengikut telunjuk UMNO.

“Ini menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional akan menggunakan segala tipu helah untuk mendapat kemenangan dalam PRU 14.

“Ini juga menunjukkan Najib amat takut bahawa Pakatan Harapan akan membawa kepada perubahan pemerintah yang lebih baik yang akan menghadapkannya ke muka pengadilan kelak,” katanya pada sidang media malam tadi.

Perkara itu kata Mahathir adalah bercanggah dengan keperluan Seksyen 62 Akta Pertubuhan 1966 yang memerlukan perintah seperti itu disampaikan kepada empat pemegang jawatan tersebut di alamat berdaftar PPBM.

Anehnya, perintah ROS tersebut telah ditularkan kepada orang ramai melalui media massa.

“Sidang media ROS itu amatlah mendukacitakan kerana sehingga kini kami pemegang jawatan PPBM iaitu saya sebagai Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung dan Datuk Mohd Salleh Bajuri selaku Bendahari Agung tidak pernah disampaikan dengan apa-apa notis atau perintah sementara pembubaran oleh ROS.

“Pejabat berdaftar PPBM di Damansara juga tidak menerima perintah sementara tersebut.

“Ini tidak sepatutnya berlaku jika ROS bersikap professional dan telus. Seharusnya ROS berhubungan dengan kami secara langsung dan bukan melalui media massa,” jelasnya.

Menurut undang-undang, notis pembatalan sementara bertarikh 5 April tersebut katanya boleh dirayu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dibatalkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis itu diserahkan.

Beliau pada masa yang sama menyeru seluruh ahli PPBM supaya meneruskan perjuangan sementara proses guaman diputuskan di mahkamah.

“Mahkamah adalah harapan terakhir menegakkan keadilan di atas kesemua kesalahan yang telah dilakukan oleh ROS.

“Kes semakan kehakiman PPBM perlu disegerakan supaya tidak menjadi sia-sia jika dilengahkan sehingga PPBM tidak dapat bertanding dalam PRU 14.

“Semoga Allah memberikan hidayah kepada hakim-hakim kita untuk melakukan perkara yang betul dalam menegakkan kebenaran,” katanya lagi.



Demikianlah Artikel Bubar PPBM tindakan pengecut

Sekianlah artikel Bubar PPBM tindakan pengecut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bubar PPBM tindakan pengecut dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/04/bubar-ppbm-tindakan-pengecut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :