Judul : DAP akur kehendak PH guna logo PKR - Azmin
link : DAP akur kehendak PH guna logo PKR - Azmin
DAP akur kehendak PH guna logo PKR - Azmin
ANTARAPOSSHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui terkejut apabila DAP bersetuju supaya Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo PKR bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PH Selangor itu berkata, penggunaan satu logo seperti yang diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam membuktikan kesepaduan semua parti di dalam pakatan berkenaan.
"Ini tidak pernah berlaku, parti DAP yang berusia 60 tahun, kuat dan gagah serta telah membentuk kerajaan (di Pulau Pinang), sanggup menggunakan logo PKR.
"Malam tadi (semalam) saya di Johor Bahru, semua pemimpin tertinggi DAP pun ada, mereka mendukung kuat (penggunaan satu logo) kerana perpaduan itu penting," katanya.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor ditemui media selepas melancarkan Konvensyen Integriti Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Selangor, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pembahagian kerusi bagi semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor hampir selesai namun tidak mendedahkan pecahan kerusi yang ditandingi keempat-empat parti di dalam PH.
Semalam, Dr Mahathir mengumumkan keempat-empat parti di dalam pakatan itu akan menggunakan simbol PKR pada PRU14.
Dr Mahathir berkata, meskipun bukan mudah untuk setiap parti untuk menggugurkan simbol yang digunakan sejak puluhan tahun namun perkara itu akhirnya dapat dimuktamadkan.
Demikianlah Artikel DAP akur kehendak PH guna logo PKR - Azmin
Sekianlah artikel DAP akur kehendak PH guna logo PKR - Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP akur kehendak PH guna logo PKR - Azmin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/04/dap-akur-kehendak-ph-guna-logo-pkr-azmin.html