Judul : Kaum India tak mudah terpedaya janji pembangkang - Najib
link : Kaum India tak mudah terpedaya janji pembangkang - Najib
Kaum India tak mudah terpedaya janji pembangkang - Najib
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, masyarakat India di negara ini tidak mudah diperbodohkan dengan janji 100 hari pakatan pembangkang untuk menyelesaikan masalah kaum itu.
Perdana Menteri berkata, masyarakat itu bijak memikirkan masa depan mereka berada di tangan Barisan Nasional (BN).
Katanya, pemimpin utama pembangkang mempunyai tempoh 22 tahun untuk menyelesaikan masalah masyarakat India, tetapi gagal melakukannya.
Beliau berkata, pemimpin itu kini mendakwa mereka mampu menyelesaikannya dalam tempoh 100 hari jika pembangkang mengambil alih kuasa.
"Pemimpin selama 22 tahun itu mempunyai sifat buruk, suka menyalahkan orang lain dan bukan dirinya sendiri.
"Dia tidak boleh salahkan bekas Presiden MIC, Tan Sri S Samy Vellu, yang menjadi Menteri Kerjaraya ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebagai punca masalah masyarakat India dalam pendidikan, ekonomi dan aspek lain.
"Samy Vellu tidak boleh selesaikan masalah ekonomi dan pendidikan kerana portfolio beliau hanya kerjaraya, bukan kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan pendidikan," katanya dipetik BH Online.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim Pelaburan Khas Masyarakat India B40, di sini, hari ini.
Yang turut hadir Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Pengerusi BN Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; dan Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, Perdana Menteri selama 22 tahun itu kerap mencari pihak lain untuk dipersalahkan, termasuk dalam termasuk skandal kerugian Forex Bank Negara Malaysia (BNM), Ops Lalang dan peristiwa Memali.
"Dia menyalahkan orang lain sebagai punca kejadian itu, seolah-olah hanya beliau yang benar, manakala yang lain salah," katanya.
Demikianlah Artikel Kaum India tak mudah terpedaya janji pembangkang - Najib
Sekianlah artikel Kaum India tak mudah terpedaya janji pembangkang - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kaum India tak mudah terpedaya janji pembangkang - Najib dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/04/kaum-india-tak-mudah-terpedaya-janji.html