Wan Azizah: Masa telah tiba untuk kekal atau mansuh GST

Wan Azizah: Masa telah tiba untuk kekal atau mansuh GST - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Azizah: Masa telah tiba untuk kekal atau mansuh GST, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Azizah: Masa telah tiba untuk kekal atau mansuh GST
link : Wan Azizah: Masa telah tiba untuk kekal atau mansuh GST

Baca juga


Wan Azizah: Masa telah tiba untuk kekal atau mansuh GST


 wan-azizah-390x300


KEADILAN DAILY

 

Pembubaran Parlimen ke-13 bermula esok menandakan kuasa kini kembali ke tangan rakyat untuk menghapus atau mengekalkan cukai barangan dan perkhidmatan, kata Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau menyeru orang ramai agar menggunakan kuasa tersebut sebagai warganegara yang meraikan demokrasi.

“Kuasa undi saudara bakal menentukan hala tuju negara untuk lima tahun ke depan.

Rakyat akan dapat memilih untuk mansuhkan GST atau kekalkan GST; untuk bersihkan negara daripada najis rasuah atau kekalkan yang ada; untuk bina Malaysia yang lebih baik untuk semua atau kekalkan negara di tampuk lama.

“Oleh itu, saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk keluar mengundi beramai-ramai bila tiba hari mengundi nanti.

“Marilah kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai warganegara yang berhak mengundi, dan sama-sama meraikan demokrasi

,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Wan Azizah turut menyeru jentera Pakatan Harapan untuk berkempen dengan bersungguh-sungguh bagi menjelaskan janji-janji yang terkandung dalam manifeso Membina Negara Memenuhi Harapan.

“Saya juga menyeru seluruh kepimpinan dan jentera Pakatan Harapan untuk melipat gandakan usaha kita mendekati rakyat, menyampaikan warkah manifesto Harapan, dan menceritakan kejayaan-kejayaan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

“Rata-rata kajian politik dan undian mendapati Pakatan Harapan sedang mengatasi Barisan Nasional dan bakal membentuk kerajaan baru di Putrajaya.

“Dapatan ini hanya dapat direalisasikan dengan sokongan, dokongan dan tindakan berani seluruh rakyat keluar mengundi Pakatan Harapan pada hari mengundi nanti,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini mengumumkan Parlimen Malaysia dibubarkan bermula esok, 7 Julai 2018 untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.

Pilihan raya ini akan berlangsung sewaktu pentadbiran Najib dihambat pelbagai skandal kewangan mega.

Daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pemberian tanah Felda secara percuma kepada syarikat swasta sehinggalah kepada penjualan Proton dan penganugerahan projek mega negara kepada syarikat-syarikat dari China.

Dalam masa sama, Pakatan Harapan sudah bersedia menghadapi pilihan raya sebagai satu gabungan pembangkang yang kukuh.



Demikianlah Artikel Wan Azizah: Masa telah tiba untuk kekal atau mansuh GST

Sekianlah artikel Wan Azizah: Masa telah tiba untuk kekal atau mansuh GST kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah: Masa telah tiba untuk kekal atau mansuh GST dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/04/wan-azizah-masa-telah-tiba-untuk-kekal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :