Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - Muhyiddin

Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - Muhyiddin - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - Muhyiddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - Muhyiddin
link : Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - Muhyiddin

Baca juga


Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - Muhyiddin

ASTRO AWANI

Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - Muhyiddin
Kerajaan mahu aspek keselamatan menjadi sebahagian daripada perkara yang ditekankan kepada rakyat. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Usaha memastikan keselamatan dan keamanan negara selain isu berkaitan imigresen dan pekerja asing merupakan antara agenda utama yang akan diberi perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara lain yang akan turut diberi perhatian ialah usaha mengurangkan kadar jenayah dan membanteras penyalahgunaan dadah serta hal berkaitan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri yang dijangka diadakan Rabu ini, kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia bersama 12 menteri kabinet yang lain di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara pada Isnin.
 
"Hasrat saya ialah memastikan keselamatan dan keamanan negara sentiasa terjamin selain melaksanakan tugas yang diamanahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita mahu aspek keselamatan menjadi sebahagian daripada perkara yang ditekankan kepada rakyat. InsyaAllah saya akan laksanakan apa yang terbaik," kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau teruja dengan kepercayaan yang diberi Tun Dr Mahathir bagi mengemudi kementerian berkenaan.

"Fokus saya adalah pendekatan yang menyeluruh. Pertama untuk mendapatkan pandangan yang makro sebelum kita menjurus secara spesifik.

"Terdahulu saya sudah berhubung dengan beberapa pegawai termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min bagi sesi taklimat esok," jelasnya.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata antara agenda utama yang akan diberi perhatian dalam tempoh 100 hari janji Pakatan Harapan adalah Skim Peduli Sihat, selain menekankan bahawa kementerian itu akan mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di negara ini.-- BERNAMA 
 
 


Demikianlah Artikel Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - Muhyiddin

Sekianlah artikel Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - Muhyiddin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2018/05/agenda-keselamatan-dan-keamanan-pekerja.html

Subscribe to receive free email updates: